Pengurusan UKM Kunjung Hormat Pengasas UKM

7d3a1204-custom

Oleh Radzuan Ghazali
Foto : Ikhwan Hashim

Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turun padang dengan mengadakan kunjungan hormat di rumah salah seorang pengasas penubuhan UKM, Dato’ Abu Bakar Abdul Hamid di Petaling Jaya baru-baru ini.

Pihak pengurusan di ketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Dr Ibrahim Saad, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar dan Pengarah Muzium Warisan Akademik, Dr Mohd Shamsudin.

Prof Noor Azlan dalam ucapan ringkasnya berkata, UKM bersyukur dapat bertemu dengan orang penting dalam sejarah penubuhan UKM.

Katanya, Datuk Abu Bakar adalah orang yang mengetahui semua cabaran yang dihadapi dalam proses penubuhan UKM.

UKM berjanji akan terus memastikan pencapaian yang diperolehi selari dengan misi penubuhan UKM, katanya.

Sementara itu, Datuk Abu Bakar menganggap kunjungan rombongan pengurusan UKM adalah penghargaan besar bagi beliau dan keluarganya.

Katanya, walaupun sudah menjangkaui usia 79 tahun, beliau masih ingat peristiwa dan liku-liku penubuhan UKM yang banyak disokong dan ditentang oleh pihak-pihak tertentu.

Justeru itu, beliau memohon kepada pihak UKM untuk mendapatkan ahli yang mahir dalam menulis bibiliografi kerana masih banyak maklumat yang boleh diketengahkan kepada masyarakat.

“Penubuhan UKM bukan mudah dan masyarakat wajar mengetahui apa yang tersirat dan tersurat supaya mereka dapat menilainya dengan adil dan saksama.

“Penulisan bibilografi akan dapat mengungkapkan semua maklumat yang sedia ada dan saya rasa hanya UKM yang dapat menulis dan menerbitkannya”, kata beliau.

Pada kunjungan itu, Prof Datuk Noor Azlan telah menyampaikan dua nashkah bibliografi Allahyarham Datuk Abdullah Salleh dan Tan Sri Mohd Rashdan Baba dan plak penghargaan.

7d3a1248-custom