Penyelidik UKM Digesa Jadi Penggerak Utama, Bukan Pak Turut

Be Game-Changers – Not Followers, UKM Researchers UrgedOleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 15 April 2015 – Malaysia perlu mewujudkan pasaran untuk melonjak ke hadapan supaya menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2050.

Felo Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Mazlan Othman berkata negara perlu mencari sektor ekonomi yang khusus dan baru di mana ia boleh mendahului, malahan ia boleh menjadi penggerak utama.

Ketika memberi ucaptama di Kolokium Siswazah ke-15 Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini bertajuk ‘Malaysia Pada Tahun 2050:  Strategi Hala Tuju Penyelidikan dan Pembangunan’, mantan pensyarah UKM ini berkata satu cara untuk mencapai kejayaan adalah dengan meramal keadaan dunia pada masa akan datang.

Dr Mazlan berkata akademi itu membentuk Agenda Mega Sains: Malaysia 2050 yang sedang mengenal pasti sains pada masa hadapan, teknologi dan penyelidikan inovasi serta peluang pembangunan dan campur tangan.

Akademi ini juga menyediakan pelan pembangunan industri untuk tahun 2050.

Antara isu-isu yang memerlukan tindakan adalah pembandaran, hutang, alam sekitar, kelestarian dan Penuaan.

“Rakyat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dan tidak pengikut jika  mahu menyerlah dalam Penyelidikan dan Pembangunan. Untuk menjadi penggerak utama, anda mesti menjangkakan sesuatu yang baru dan menjadi penggerak pasaran.

“Cari sesuatu yang baru, bukan didorong oleh pasaran. Anda perlu  menjangka masa hadapan; itulah di mana ada kelebihan,” Dr Mazlan menegaskan.

Beliau menggesa ahli-ahli sains untuk gerak selanjutnya selepas tahun 2020 kerana terlalu suntuk masa bagi mereka untuk membuat sesuatu jika mereka belum dapat menjangkakan lebih awal apa yang akan terjadi kemudian.

“Kita perlu untuk meramal keadaan dunia pada tahun 2050; bagi anda, tahun 2020 seolah sudah berlalu. Perancangan penyelidikan kini adalah selepas 2020,” beliau menjelaskan.

Sebagai usaha untuk bersedia untuk tahun 2050, mereka mesti wujudkan  beberapa projek untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau dan penyelidik lain bersetuju bahawa pada tahun 2050, inovasi-inovasi yang akan menjadi kenyataan ialah kereta terbang, pelancongan angkasa, pengangkutan hipersonik, neuroteknologi, mata tiruan dan percetakan 3D dan 4D.

Turut hadir pada majlis perasmian kolokium dua hari itu ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Imran Ho Abdullah, Dekan FST Prof Dr Sharim Hj Ahmad dan Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Prof Dr Mohd Salmi Md Noorani.

Dr Mazlan merupakan pakar Astrofizik dan tokoh perintis dalam bidang sains angkasa di Malaysia. Beliau adalah pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas di Vienna, Austria. Beliau memperolehi Ph.D Astrofizik dari University of Otago, New Zealand, pada tahun 1981, dan merupakan wanita pertama yang berbuat demikian sejak universiti tersebut diasaskan.