Petua Mengenai Penjimatan Air

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

Tips On Saving Water1BANGI, 6 April 2015 – Penduduk Bangi termasuk kakitangan dan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) harus menjimatkan air dengan menggunakan air paip hanya untuk mandi, membersihkan seisi rumah dan mencuci pakaian.

Pengurus Makmal Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR)  Prof Dr Yang Farina Abdul Aziz berkata,  warga UKM harus mengelak daripada menggunakan air paip untuk tujuan yang tidak memerlukan air yang dirawat atau ditapis.

Ketika memberi taklimat semasa pelancaran Kempen Kampus Sifar Polistirena pada 1 April lalu, Prof Yang Farina menegaskan bahawa penduduk kawasan Bangi – termasuk UKM – membazirkan air, yang merupakan antara sebab kekurangan air yang kronik baru-baru ini di daerah ini .

Beliau merasa kesal dengan amalan penggunaan air di kalangan majlis daerah dan agensi penyelamat.

“Paip air tidak boleh digunakan untuk siram pokok dan mencuci kereta . Malahan, pada masa ini, industri dan  bomba menggunakan air paip! Ini adalah pembaziran,” kata beliau.

Prof Yang Farina terkejut apabila mengetahui bahawa  pihak berkuasa tempatan turut membazirkan air.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan air terawat untuk menyiram pokok. Indah Water Konsortium (IWK, syarikat rawatan air) sebenarnya membekalkan air dirawat untuk di minum, ” beliau menjelaskan.

ALIR merupakan sebuah pusat penyelidikan yang ditubuhkan pada tahun 2005 di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Prof Yang Farina juga mengingatkan bahawa permintaan untuk air yang  selamat untuk di minum meningkat dan terdapat keperluan yang lebih besar bagi memastikan bekalan air yang mencukupi.

“Memang ada banyak air, tetapi kita tidak mempunyai cukup bekalan air yang selamat di minum.

“Daripada 437 sungai yang dipantau di negara ini, 59% adalah bersih, 34% sedikit tercemar dan baki 17% sangat tercemar,” jelas beliau.

Umumnya rakyat Malaysia tidak mengambil berat mengenai air mungkin disebabkan  negara ini mempunyai salah satu daripada tarif air yang paling rendah di dunia.

“Terdapat sebuah loji rawatan air di Putrajaya yang membekalkan 682 juta liter, tetapi tidak ada simpanan. Sekarang pengunaan adalah di tahap maximum tanpa rizab. Jika ada catuan air, semua 682 juta liter akan digunakan. Mereka yang tinggal berhampiran dengan loji rawatan akan mendapatkan air dahulu,” katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa enggan mengeluarkan dana yang tinggi  untuk menaik taraf loji rawatan air untuk menapis lebih banyak bahan kumuhan.

Buat masa ini, loji rawatan perlu diubah suai atau dinaik taraf di beberapa kawasan yang genting, seperti di Bangi.

“Teknologi juga boleh digunakan untuk menapis bahan cemaran , seperti proses pengoksidaan yang digunakan di Kelantan untuk mengeluarkan  besi dan manganese dari air paip di Kota Baru,” katanya.

Beliau memberikan petua bagaimana hendak menjimatkan air;

  1. Jangan gunakan mesin basuh jika anda hanya mempunyai sadikit kain untuk dicuci
  2. Apabila mandi, padam air apabila menggunakan sabun.
  3. Bagi umat Islam, gunakan air dengan cermat apabila mengambil wuduk sebelum solat
  4. Siram pokok atau bunga dengan air yang telah digunakan untuk pembersihan

Beliau mengakui bahawa gejala kekurangan air baru-baru ini adalah kerana efluen perindustrian yang terdapat di dalam air Sungai Langat mengakibatkan terhentinya operasi loji rawatan Bukit Tampoi, yang menyebabkan tekanan air yang rendah.

Namun demikian, para penduduk masih perlu berhati-hati walaupun bekalan air dipulihkan seperti biasa kerana air adalah komoditi yang sangat  berharga.
ukmnewsportal-bm