PROF. MADYA DR ROSLEE RAJIKAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL-EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UKM BAHARU


Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) yang juga Pengetua bagi Kolej Rahim Kajai (KRK),  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PROF MADYA DR ROSLEE RAJIKAN telah dilantik sebagai TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL-EHWAL PELAJAR dan ALUMNI)  yang baharu menggantikan PROF DATO’ NOOR AZIAH MOHD AWAL yang telah tamat tempoh pelantikan pada 31 JANUARI 2018 yang lalu.

Pelantikan PROF MADYA DR ROSLEE RAJIKAN adalah untuk tempoh TIGA (3 ) TAHUN berkuatkuasa dari 15 MAC 2018 sehingga 14 MAC 2021.  Pelantikan beliau menurut surat dari Menteri Pendiidikan Tinggi, YB DATO’ SERI IDRIS JUSOH bertarikh 19 Mac 2018 adalah di bawah peruntukan Seksyen 12(6) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan , 48, berasal dari Muar, Johor Darul Takzim.

Beliau berkelulusan Akademik: Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Dietetik), dari UKM, Ijazah Sarjana Pemakanan dan Metabolisme dari University of Aberdeen , Scotland (1996) dan Ijazah Doktor Falsafah  (Sains Tumbuhan dan Pemakanan) dari University of Glasgow, Scotland (2005).

Beliau memulakan perkhidmatan di UKM pada tahun 1994 sebagai Tutor dan pakar dalam bidang

Pemakanan Klinikal dan Dietetik dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM.

Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, pertukaran sesiapa yang

menggantikan jawatan Timbalan Naib Canselor adalah perkara biasa bagi semua perjawatan (atas lantikan) bagi semua Universiti Awam bagi memantapkan lagi pengurusan sesebuah Universiti.

Beliau berkata, tentunya ada perubahan dan kepimpinan baru dalam mencorakkan pentadbiran pelajar UKM supaya lebih bersifat efektif dan berkesan dalam membawa pelajar ke arah yang lebih terkehadapan.

‘Saya menghargai sumbangan Prof Dato’ Noor Aziah sepanjang 4 tahun terlibat dalam mengubah persepsi mahasiswa UKM yang lebih kompleks dalam pembangunan Alumni dan Ha-ehwal Pelajar’ katanya ketika berucap di Majlis Serah Tugas Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) UKM di Bilik Mesyuarat Canselori, baru-baru ini.