Program Baharu Pengajian Pasca Siswazah di FST

02
Oleh Asmahanim Amir
Foto Kamarul Arifin Mohd Sanusi

BANGI, 1 Jan 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menawarkan program pasca siswazah yang baharu di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) iaitu bidang Kejuruteraan Nuklear, Teknologi Tenaga Nuklear serta Keselamatan dan Perlindungan (3S) pada tahun ini.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata, program itu adalah tambahan daripada siri kuliah oleh Persatuan Nuklear Korea Selatan (KNA) melalui memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan KNA.

“MoU ini akan berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menyokong UKM, terutama FST melalui pembangunan sumber manusia,” katanya ketika berucap pada Majlis menandatangani MoU itu di sini pada 17 Dis, 2015.

Katanya, beliau telah melihat laporan kejayaan aktiviti MoU sebelum ini dan beliau berpuas hati dan berterima kasih kepada KNA untuk segala sokongan yang diberikan kepada kakitangan akademik dan pelajar UKM.

“Mudah-mudahan melalui kerjasama yang berterusan ini, ia akan meningkatkan pembangunan dalam pendidikan dan latihan, penyertaan kakitangan dan pelajar (latihan), pertukaran maklumat serta kerjasama antara pakar dan profesional dari Korea dan ahli akademik di UKM,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa Senat UKM telah meluluskan penubuhan Pusat Teknologi Nuklear di FST awal tahun 2015 dan beliau berharap pengalaman dan pengetahuan teknikal daripada industri nuklear di Korea dan program nuklear di UKM akan dapat dipertingkatkan dalam menyediakan tenaga kerja Malaysia untuk tenaga nuklear dan program yang berkaitan pada tahun ini.

“Dalam jangka panjang, saya berharap kerjasama ini akan melibatkan Pusat Teknologi Nuklear (FST-UKM) khususnya dan Malaysian Nuclear Power Cooperation dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia secara umumnya, supaya pengalaman industri nuklear Korea boleh dikongsi bersama dengan pakar penyelidik nuklear di Malaysia, “katanya.

Kandungan MoU baharu antara UKM-KNA adalah program lawatan teknikal dan latihan akademik dalam bidang Kejuruteraan Nuklear untuk pensyarah program Sains Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan penempatan pensyarah dan pelajar di universiti dan syarikat Korea yang berada di bawah KNA.

Selain itu terdapat penglibatan pelajar dan pensyarah FST dalam persidangan dan kongres yang ditaja oleh KNA dan penajaan pelajar untuk biasiswa di Korea dan projek penyelidikan dalam bidang nuklear di UKM.ukmnewsportal-bm
01

03