Program SME@UKM Lahir Usahawan Berilmu

1
Oleh Asmahanim Amir
Gambar oleh Abd Raai Osman

SUBANG JAYA, 13 Oktober 2016 – Program SME@UKM yang diadakan sejak tahun 2011 telah berjaya melahirkan ramai usahawan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat dalam pelbagai bidang.

Demikian menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah OK Rahmat di Majlis Graduasi Program SME@UKM 2016, baru-baru ini

“Program ini adalah suatu platform untuk menghubungkan komuniti usahawan dan universiti.

“Sebagai contoh, melalui program ini, komuniti usahawan akan mendapat akses kepada pakar bidang, maklumat dan kemahiran di universiti yang boleh membantu untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka,” katanya.

Sementara itu, universiti pula, menurut beliau, akan mendapat input dan kerjasama industri dalam menambahbaik program-program pengajian terutamanya Program Sarjana dan Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi serta membantu dalam kebolehpasaran graduan universiti.

“Saya berharap agar alumni program SME@UKM 2016 akan berganding bahu dengan UKM untuk menjadikan kami sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung di Malaysia dan di dunia,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 20 usahawan telah menerima sijil graduasi masing-masing selepas tiga bulan menghadiri kursus di FEP bermula Mei lepas.

Tiga daripada graduan tersebut, yang dinobatkan sebagai graduan terbaik keseluruhan, telah menerima Anugerah Khas SME@UKM.

Program SME@UKM adalah hasil kerjasama strategik antara pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), SMECorp dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.

Progam ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 dengan UKM sebagai universiti perintis dalam membangunkan modul program dengan kerjasama SME Tokyo Universiti, Jepun.ukmnewsportal-bm
2

3

5