Seminar Hospital Mesra Ibadah 2019 Terap Nilai-Nilai Islam dalam Perubatan

Oleh Inaara Aznan

BANGI, 18 Februari 2019 – Seminar Hospital Mesra Ibadah 2019 yang diadakan di Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC), Pusat Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendedahkan konsep Hospital Mesra Ibadah seperti menerapkan nilai-nilai Islam dalam profesyen kedoktoran dan kejururawatan agar ahli perubatan dapat memberi sokongan kerohanian dan bimbingan kepada pesakit.

Selain itu, para peserta juga dapat dapat meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan dan menangani masalah pesakit selain meningkatkan pengetahuan mengenai fiqh perubatan.

Seminar yang diadakan selama dua hari tersebut adalah anjuran bersama antara Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UKM KKL) dan Hospital Pakar Al-Islam.

Seramai 87 peserta telah menghadiri seminar itu yang terdiri daripada kakitangan PPUKM dan UKM Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

Para peserta telah mengikuti 10 slot pengisian termasuk teori, praktikal dan juga latihan dalam kumpulan.