AYES Dapat Sambutan Hangat

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto  Ikhwan Hashim

BANGI, 17 April 2016 – Persidangan dua hari Keusahawanan Belia ASEAN (AYES)  2016 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menarik perhatian lebih daripada 600 pelajar pendidikan tinggi daripada Indonesia, Thailand, Myanmar dan Singapura.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Kediaman Aminuddin Baki tersebut bertujuan untuk memupuk seamangat remaja supaya sanggup mengambil risiko untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Usahawan terkenal dan berbakat dari Asia Tenggara seperti Dato’ Fazley Ya’akob, Tan Wen Dee, Rita Dato’ Sosilawati dan Jonathan Yabut telah berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan dan menyampaikan ceramah motivasi kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri selepas tamat pengajian.

Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata belia memainkan peranan yang penting dalam membantu mencapai kejayaan pembangunan komuniti ASEAN.

Beliau berkata 60 peratus daripada penduduk ASEAN adalah belia dan mereka adalah tunjang kepada kesejahteraan masa depan rantau ini.ukmnewsportal-bm
2

3

4