UKM Anjur Pertandingan Robotik Sempena Karnival Konvokesyen ke-44.

Berita oleh Kanisha Lingam

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, telah mengadakan program Robotics Challenges 2016 sempena Karnival Konvokesyen UKM ke-44, di sini, baru-baru ini.

Pertandingan yang menekankan kreativiti dan inovasi itu adalah pertama kali dianjurkan untuk karnival konvokesyen dan dibahagikan kepada kategori sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

“Setiap kumpulan diwakili oleh tiga orang ahli dan mereka perlu mengharungi cabaran di line tracker menggunakan robot lego dengan menggunakan masa yang singkat,” kata Ketua Program, Aiman Bazli Zuraimi.

Beliau berkata pertandingan itu mendapat sambutan yang baik daripada pihak sekolah dan beliau berharap ia dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi melahirkan generasi muda yang minat dengan bidang robotik.

Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA, SMK Jalan 4 dan SMJK Katholik, manakala terdapat empat kumpulan daripada FTSM.

SMJK Katholik telah menjuarai pertandingan itu dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300