UKM Bangunkan Aplikasi BasKita

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membangunkan aplikasi BasKita bagi memudahkan pengguna mengetahui lokasi bas dalam kampus secara masa nyata.

Aplikasi BasKita telah dibangunkan oleh penyelidik Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) dan diketuai oleh Prof Haslina Arshad.

Tujuan aplikasi BasKita adalah untuk menggalakkan peningkatan pengguna bas UKM dalam kalangan pelajar, pensyarah, kakitangan dan pelawat.

Pengguna BasKita boleh melihat maklumat dan lokasi sesebuah bas dan juga anggaran masa ketibaan bas secara masa nyata.

Semasa program Maulidur Rasul pada 22 Dis 2017 yang lepas, aplikasi tersebut telah digunakan untuk menjejak pergerakan perarakan kontigen UKM menuju ke DECTAR pada pagi tersebut.

Aplikasi BasKita diubahsuai dan dinamakan sebagai Maulid UKM (Leader) untuk digunakan oleh ketua kontigen yang mengetuai perarakan. Untuk menggunakan Maulid UKM (Leader), ketua kontigen perlu sentiasa memastikan telefon pintar telah mengaktifkan GPS dan Data.

Bagi penganjur Program Maulidur Rasul 2017 yang berada di Dectar, mereka menggunakan aplikasi Maulid UKM (User) untuk memantau pergerakan kontigen menuju Dectar. Pergerakan kontigen secara masa nyata juga dipaparkan di layar skrin Dectar.