UKM Dan UPM Terajui Usaha Banteras Penyakit Berjangkit Di Malaysia

06072015_SEAHOUN_01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

PUTRAJAYA, 2 Julai 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama-sama dengan 11 universiti lain di Asia Tenggara dan Amerika Syarikat akan bekerjasama untuk memerangi pelbagai penyakit berjangkit yang disebarkan oleh banyak jenis mamalia.

Kerjasama mereka telah dimeterai sebagai memorandum persefahaman (MoU) di bawah Rangkaian Universiti Satu Kesihatan Serantau Asia Tenggara (SEAHOUN) yang ditandatangani di sini hari ini.

UKM diwakili oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengerusi SEAHOUN Prof Dr Noor Hassim Ismail.

SEAHOUN adalah sebahagian daripada rangkaian global Universiti Satu Kesihatan (OHUN) yang dibiayai oleh penderma Agensi Amerika Syarikat bagi Pembangunan Antarabangsa (USAID), yang diwakili oleh Ketua Unit Pandemik Influenza dan Ancaman Baru lain, Dr Dennis Carrol.

Prof Noor Hassim, dari Fakulti Perubatan UKM, berkata konsep Satu Kesihatan mengakui bahawa kesihatan manusia ada kaitan dengan  kesihatan haiwan dan alam sekitar.

Ketika bercakap kepada Portal Berita UKM sebelum menandatangani perjanjian tersebut, Prof Noor Hassim berkata peranan SEAOHUN adalah untuk meningkatkan kesihatan manusia, haiwan ternakan dan ekosistem.

Beliau menegaskan bahawa negara-negara di rantau ini perlu bekerjasama untuk menangani penyakit berjangkit yang baru muncul dan muncul kembali.

“Lebih daripada 75% penyakit berjangkit dan yang baru muncul semula –  adalah disebabkan oleh penyakit dari haiwan. Untuk mengawal wabak zoonotik, pegawai-pegawai kesihatan perlu bekerjasama dengan agensi-agensi yang terdiri daripada beberapa pegawai perhilitan, doktor haiwan, pakar-pakar kesihatan awam dan klinikal, ekonomi kesihatan, tentera, ahli politik dan juga masyarakat setempat. Oleh itu, pegawai kesihatan perlu mengguna pendekatan pelbagai disiplin, antara disiplin dan trans-disiplin untuk mengawal dan mengelakkan penyakit-penyakit  ini berjangkit,” beliau menjelaskan.

Beliau memberitahu bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, mereka akan menjadi sangat sibuk dalam SEAOHUN, kerana kerajaan, ahli akademik dan rakan kongsi utama perlu mencari kaedah terbaik  untuk menangani penyakit berjangkit yang melanda manusia dan ternakan.

Buat masa ini, di Malaysia, hanya fakulti-fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UKM, bersama Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putera Malaysia (UPM) menganggotai SEAOHUN.

UKM dan UPM memulakan rangkaian universiti Satu Kesihatan Malaysia (MyOHUN), pada tahun 2012 sebagai usaha membentuk rangkaian serantau SEAHOUN.

Prof Noor Hassim menjelaskan bahawa rangkaian ini dibentuk untuk menggalakkan falsafah dan semangat satu kesihatan untuk kerjasama bertindak balas terhadap penyakit baru dan baru muncul.

“Konsep Satu Kesihatan di Malaysia bertujuan untuk menjalin jaringan  antara ahli akademik, profesional, ahli-ahli sains dan masyarakat di seluruh sektor yang mempunyai tanggungjawab untuk kesihatan manusia, haiwan ternakan dan hidupan liar. Melalui kerjasama ini, kemahiran silang sektor dan pengetahuan akan dipupuk bagi  meningkatkan keupayaan kesihatan dan veterinar profesional untuk bertindak balas terhadap penyakit berjangkit dan zoonotik baru muncul melalui kepimpinan Satu Kesihatan, pembangunan kurikulum, rangkaian fakulti dan pertukaran, bengkel, pembangunan kakitangan dan bimbingan antara institusi,” katanya.

Universiti-universiti utama lain dalam SEAOHUN adalah Tufts University of Boston, The University of Minnesota, the Hanoi School of Public Health, the Hanoi Medical University, the Hanoi University of Agriculture, Chiang Mai University, Mahidol University, Institut Pertanian Bogor, Universitas Indonesia dan Universitas Gadjah Mada.

Di bawah geran lima tahun baru yang bernilai $US 50 juta, University of  Minnesota dan Tufts University akan menyumbang kepada kerjasama antarabangsa universiti tersebut untuk mengukuhkan pembangunan tenaga kerja global terhadap ancaman wabak baru muncul.

SEAOHUN menjalankan kursus-kursus ringkas yang dicipta dan diubahsuai oleh 33 profesional dari pelbagai bidang termasuk sains veterinar, perubatan, kesihatan awam, ekologi, dan reka bentuk pengajaran, di lima negara yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia,  Thailand, Vietnam, dan Amerika Syarikat.

Ia terdiri daripada lima belas modul: tujuh modul Teras Kecekapan dan tujuh modul teknikal. Modul-modul tersebut  direka bentuk supaya pengajar dapat menyesuaikan kandungan untuk pengkhususan kawasan, pelajar dan konteks.
ukmnewsportal-bm
06072015_SEAHOUN_02

06072015_SEAHOUN_03