UKM Dan Yayasan CIMB Pupuk Semangat Remaja ASEAN Lindungi Warisan

UKM Dan Yayasan CIMB Pupuk Semangat Remaja ASEAN Lindungi WarisanOleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

KLUALA LUMPUR, 21 April 2015 – Lima puluh pelajar dari universiti-universiti terkemuka ASEAN mewakili negara masing-masing apabila menyertai program tiga hari Pemimpin Remaja ASEAN CIMB (CYAL) 2015 untuk belajar dan menabur bakti bagi melindungi dan memelihara warisan ASEAN.

CYAL 2015 ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kerjasama CIMB, Air Asia, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negara (IDFR) dan Wisma Putra dari 21 hingga 23 April.

Bertemakan ‘Melindungi Warisan ASEAN’, acaral ini bertujuan untuk melatih pelajar cemerlang yang bakal memimpin ASEAN menjadi  pemegang amanah warisan untuk membangunkan projek-projek kemasyarakatan. Yayasan CIMB akan anugerahkan pembiayaan awal kepada mereka yang berjaya memberi cadangan-cadangan terbaik mengenai projek baru.

Pada satu perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini, Timbalan Naib Canselor UKM (Jaringan Industri dan Masyarakat)  Prof Dr Imran Ho Abdullah  berkata universiti tersebut sentiasa menyokong program-program yang menggalakkan  remaja rantau ini meningkatkan kefahaman antara komuniti jiran, seperti Program Sukarelawan Belia ASEAN (AYVP).

“Semua pelajar kita dari pelbagai bidang pengajian memang biasa dengan pelaksanaan program khidmat masyarakat atau OPKIM”, jelas beliau.

Beliau menegaskan bahawa UKM berpengalaman luas dalam usaha membawa penyelidikan kepada rakyat serta program dengan penglibatan orang ramai, memandangkan masyarakat adalah makmal hidup untuk universiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB Raja Noorma Othman berkata ini adalah kali pertama pada tahun 2015 perwakilan mengambil bahagian dalam seminar ‘Melindungi Warisan ASEAN’ yang sejajar dengan pelan tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC).

“Siri ketiga bertujuan untuk mendedahkan para perwakilan kepada  pemuliharaan warisan dan memberi peluang untuk melibatkan diri dalam sejarah ASEAN melalui lawatan,” kata beliau dalam ucapannya.

Raja Noorma berkata seminar ini platform yang menyediakan perwakilan  peluang untuk belajar melalui pengalaman silang budaya dan menjalin hubungan serta memupuk persahabatan.

Menurut beliau dalam kedua-dua program yang lalu, Yayasan CIMB  menaja seramai 100 pelajar yang berbakat dari seluruh ASEAN untuk berpeluang merangka dasar ASEAN dan isu-isu perbahasan yang selari dengan pelan tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Siri Pemimpin Remaja ASEAN 2012 dan 2014 masing-masing telah diadakan di Jakarta dan Kuala Lumpur, yang memberi tumpuan kepada pelan tindakan AEC.

“ASEAN seperti yang kita tahu adalah sebuah wadah tumpuan pelbagai budaya dan sejarah. Ia adalah rumah kepada pelbagai tapak yang mempunyai kepentingan sejarah yang mesti lebih dihargai, dipelihara dan diperkaya. Ini adalah tanggungjawab kita bersama,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarah IDFR, Datuk Md Hussin Nayan berkata adalah penting bagi IDFR untuk menggalakkan penglibatan belia dalam membina Komuniti ASEAN (AC) yang bermakna.

Beliau berkata tema yang dipilih untuk program ini: ‘Melindungi Warisan ASEAN’ adalah selaras dengan objektif strategik yang digariskan dalam rangka tindakan ASCC untuk 2009-2015.

Salah satu matlamat atau teras utama ASCC, yang akan ditubuhkan pada akhir tahun, adalah untuk menyumbang kepada merealisasikan AC yang mesra rakyat dan bertanggungjawab secara sosial dengan membentuk identiti bersama dan membina masyarakat penyayang.

Dua teras lain ialah AEC dan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).

Acara ini disertai pakar warisan ASEAN yang berkongsi dan bertukar-tukar idea. Ia termasuk Francesco Volpini yang merupakan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan pertubuhan Better World Korea  dan juga Penyelaras Inisiatif Sukarelawan Warisan Dunia UNESCO bagi rantau Asia, Prof. Dr. Norhayati Ahmad dari Program Sains Alam Sekitar, UKM dan Prabha Sundram, pengeurus Pusat Transformasi Komuniti Universiti, juga dariUKM.

Selain daripada bengkel ini, terdapat juga dialog mengenai pentingnya  ASEAN oleh Tunku Zain Abidin, Presiden dan Pengasas IDEAS, dan Felo di Institut Penyelidikan CIMB-ASEAN.

Pelajar-pelajar tersebut berpeluang melawat Melaka Bandar Raya Warisan Dunia UNESCO dan menziarahi  tapak warisan seperti Dataran Belanda  (Red Square), Muzium Warisan Baba & Nyonya dan masyarakat Chetti, ihsan Pejabat Warisan Dunia Melaka .

Pemimpin pelajar juga diwajibkan mengemukakan cadangan berdasarkan projek daripada amalan terbaik yang dipelajari dalam tempoh tiga hari mereka mengambil bahagian dalam program ini.
ukmnewsportal-bm