UKM, FRIM Jalin Kerjasama Penyelidikan Perubahan Iklim

1

Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 13 April 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menjalinkan kerjasama dalam membangunkan penyelidikan perubahan iklim di Malaysia.

Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abdul Latif Mohmod berkata kerjasama itu melibatkan para penyelidik UKM dan FRIM dalam kajian berkenaan perubahan yang berlaku pada hutan hujan tropika Malaysia.

“Kerjasama tersebut bukan sahaja melibatkan isu perubahan iklim tetapi turut melibatkan faktor-faktor lain seperti biodiversiti dan ekosistem,” katanya kepada pemberita selepas kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama tersebut.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata UKM telah mengorak langkah bagi menjalankan penyelidikan terhadap peningkatan kesan karbon dioksida ke atas ekosistem hutan melalui pengwujudan stesen-stesen penyelidikan Free Air CO2 Enrichment (FACE) di kawasan hutan Fernarium UKM.

UKM juga memiliki sistem Automated CO2 glasshouse bagi menjalankan kajian berkaitan tindakbalas spesis tumbuhan terhadap peningkatan kesan CO2, yang merupakan gas utama menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Beliau berharap agar khidmat nasihat dan kepakaran penyelidik UKM dan FRIM dalam projek itu dapat memberikan lebih banyak maklumat berkaitan dengan proses adaptasi ekosistem hutan tropika dan kaitannya dengan peningkatan kesan karbon dioksida di atmosfera.ukmnewsportal-bm

3

Untitled-1