UKM Hasilkan Karya Kejuruteraan Alam Melayu

5
By Saiful Bahri Kamaruddin
Pix Abd Ra’ai Osman

BANGI, 2 Oktober 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat detik peristiwa yang penting dalam  sejarah apabila menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang menyusun dan menerbitkan ensiklopedia kejuruteraan klasik dalam bahasa Melayu.

Buku ilmiah bertajuk Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu ini adalah hasil tulisan dan kajian yang telah dilakukan oleh 29 pakar dalam pelbagai bidang termasuklah seni lukisan, alam tumbuhan dan haiwan, reka bentuk bitara serta pertukangan kayu dan logam.

Pelancaran ensiklopedia tersebut tajaan syarikat Aras Mega (M) Sdn Bhd  disempurnakan oleh Pro-Canselor UKM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di sini hari ini.

Ahmad Sarji berkata usa­ha sebegitu merupakan satu evolusi menarik yang boleh dikongsi kepada orang Melayu, khususnya generasi muda pada masa kini.

Menurut beliau, kebijaksanaan orang Melayu dalam pelbagai bidang tidak dapat disangkal lagi dengan adanya buku ini sebagai bukti.

“Buku ini berkaitan dengan aspek kebudayaan, contohnya olahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdahulu. Saya percaya, ini mampu meningkatkan semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat.

“Ada cerita tukang bina istana dan kapal, dan pandai besi. Orag seri, yang guna ubat dan racun untuk istana. Tukang tilik, Ahli Nujum bagi Pawang,” katanya ketika merasmikan pelancaran buku tersebut.

Turut hadir Ketua Editor karya tersebut Prof Madya Dr. Mariyam Jameelah Ghazali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan  Masyarakat, Prof Dr. Imran Ho Abdullah dan Pengarah Urusan Aras Mega   Hj Abdul Rahman Abd Karim.

Menurut Ahmad Sarji, mahasiswa dan pelajar sekolah sangat memerlukan bahan bacaan seperti ini bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.

“Ensiklopedia Alam Melayu bakal membuka jendela pada alam masyarakat melayu.

“Memandangkan banyak khazanah ilmu dan artifak tamadun Melayu, harus wuwujudkan muzium kejruteraan Alam Melayu,” beliau tambah.

Ensiklopedia tersebut dijual dengan harga pengenalam sebanyak RM320.00.ukmnewsportal-bm

1

2

3

46

7