UKM Mara Ke Peringkat Akhir Serantau Hadiah Usahawan US$ 1 Juta

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto CESMED dan Hult Prize Foundation

BANGI, Selangor, 2 Feb 2016 – Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) layak ke perlawanan akhir serantau Hadiah Hult tahunan ke-7, iaitu  pertandingan terbesar di dunia dan wadah permulaan bagi isu-isu sosial.

Hult Prize Foundation, atau Yayasan Hadiah Hult baru-baru ini mengumumkan bahawa UKM layak ke perlawanan akhir serantau pertandingan tahunan, yang merupakan pemacu awal untuk para usahawan sosial muda dari universiti-universiti di dunia.

Para anggota pasukan adalah dari Fakulti Sains Teknologi dan Maklumat dan Fakulti Undang-Undang, yang terdiri daripada Fahim Sarwary, Rachel Mahasen, Sareeka Balakrishnan dan Nalina Santhiran.

“Kami berazam untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan dan segera kepada masalah yang dihadapi. Pasukan ini telah terlibat dengan keusahawanan sosial bersama-sama dengan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS UKM dalam membantu mereka yang berpendapatan rendah” Yayasan Hadiah Hult mengumumkan dalam satu kenyataan.

Disokong oleh bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, persaingan adalah antara institusi-institusi teratas dalam pertandingan terbesar di dunia untuk pelajar untuk memenangi US$ 1 juta (RM4.2 juta) dalam pembiayaan permulaan bagi mewujudkan perniagaan lestari dengan sasaran menggandakan dua kali  pendapatan 10 juta penduduk yang tinggal di kawasan bandar yang sesak –  suatu cabaran yang Clinton sendiri memilih.

Pertandingan ini mendapat idea dari pelbagai sumber (crowd-sourcing) daripada pelajar MBA dan institusi dengan mencabar mereka untuk menyelesaikan isu sosial genting seperti keselamatan makanan, akses air, tenaga, dan pendidikan.

Ahmad Ashkar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hadiah Hult, berkata  kejayaan pertandingan ini untuk mengubah ekonomi global disebabkan generasi alaf ini enggan hidup dalam dunia yang penuh dengan ketidaksamaan.

“Kami memberikan usahawan dari seluruh dunia peluang untuk inovasi dan mengubah cara kita berfikir tentang perkhidmatan kepada golongan miskin,” katanya.

Setiap pasukan yang berjaya ke peringkat akhir dipilih daripada lebih 25,000 permohonan yang diterima dari lebih 500 kolej dan universiti di lebih 150 negara.

UKM akan menyertai pertandingan di Dubai bagi  peringkat serantau yang akan berlangsung pada 11 Mac hingga 12, 2016.

Tempat-tempat lain yang turut terlibat adalah Boston, San Francisco, London, Dubai dan Shanghai.ukmnewsportal-bm
02