UKM Menang Cipta Aplikasi Realiti Maya Angkasa Lepas

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

Foto: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BANGI, 27 April 2016 – Pasukan daripada Pusat Penyelidikan Teknologi Kecerdasan Buatan (CAIT) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul juara selepas menewaskan 14 pasukan tempatan lain pada pusingan akhir pertandingan untuk membangunkan aplikasi untuk Agensi Aeroangkasa Amerika Syarikat (NASA ).

Ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada penyelidik dan pelajar Hameedurahman, Tan Siok Yee dan Dr Lam Meng Chun, serta diselia oleh Prof Madya Dr Haslina Arshad telah mencipta satu aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai VAR Space Onboard yang membolehkan pengguna mengalami pelancaran roket dari stesen angkasa NASA secara realiti maya.

 bagi memenangi hadiah pertama iaitu lawatan ke Jepun untuk ke melancong ke angkasa di Jepun kos penerbangan dan lawatan ditaja.

“Kami adalah satu-satunya pasukan dalam peringkat akhir yang berjaya menyiapkan aplikasi, manakala pasukan yang lain hanya sempat membentangkan konsep atau gambar pada skrin.

“Aplikasi kami adalah prototaip lengkap yang boleh digunakan dengan sistem operasi Android dan Iphone dan dilihat melalui Google Cardboard,” terang  Dr Haslina.

 Beliau berkata semua visual telah diberikan oleh NASA kerana agensi tersebut mahu menjamin semua peserta mempunyai kandungan yang sama untuk dibangunkan sebagai aplikasi.

Pertandingan tersebut bermula dengan 51 pasukan, tetapi hanya 15 pasukan terpilih untuk ke peringkat akhir.

Pertandingan ini turut diadakan serentak di lebih 200  negara di seluruh dunia. ukmnewsportal-bm