UKM Menang Tempat Kedua di Pertandingan Kemahiran Asas Bedah

1

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPIR, 18 April 2016 – Pelajar Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat tempat kedua di pertandingan akhir kemahiran asas pembedahan seluruh negara tahun 2016 yang diadakan di Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC) UKM, baru-baru ini.

Para pemenang telah menerima tajaan penuh untuk menghadiri Mesyuarat Saintifik Tahunan CSAMM yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13 Mei.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah, berkata matlamat pertandingan ini adalah untuk memupuk minat di kalangan pelajar perubatan untuk memasuki latihan pembedahan.

“Pertandingan untuk seluruh negara ini memberikan peluang kepada mereka  yang bercita-cita untuk menjadi pakar bedah untuk berlatih dan bersaing dalam pelbagai cabaran pembedahan, dari jahitan hingga simpulan mengikat dan tugasan yang lebih kompleks di peringkat akhir,” katanya dalam ucapan penutup.

Beliau berkata hanya 12 peserta yang terpilih untuk ke peringkat akhir.

Seramai 96 pelajar dari UKM, UM, UiTM, International Medical University,  Monash University Malaysia dan Universiti Newcastle Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan dengan kerjasama College of Surgeons, Akademi Perubatan Malaysia (CSAMM).

Pertandingan tersebut telah menyaksikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul sebagai johan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Malaya (UM) dalam pertandingan.ukmnewsportal-bm
2