UKM Menganugerahkan Dua Anugerah Baharu Pada Majlis Konvokesyen Ke-47


Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 2 November 2019 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat julung kalinya menganugerahkan dua anugerah baharu pada Majlis Konvokesyen Ke-47 universiti itu iaitu Anugerah Emas Kedoktoran dan Anuhgerah Emas Sarjana.

Kedua-dua anugerah itu diberikan kepada graduan Doktor Falsafah (PhD) dan graduan Sarjana yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa sepanjang pengajian di UKM.

Anugerah Emas Kedoktoran dan Anuhgerah Emas Sarjana dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori bidang Sains, Teknologi dan Kesihatan dan bidang Sains Sosial.

Pada majlis konvokesyen kali ini, seramai 7,655 graduan UKM akan menerima ijazah masing-masing melibatkan 13 fakulti dan 12 institut.

Sejak 49 tahun UKM ditubuhkan, UKM telah malahirkan seramai 204,857.

Konvokesyen UKM Ke-47 berlangsung selama empat hari bermula pada 2 November sehingga 5 November 2019.