UKM terima 1,376 pelajar pascasiswazah Sesi Akademik 2017/2018.


Oleh Alyani Azhar
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 11 September 2017- Universiti Kebangsaa Malaysia telah menerima 1,376 pelajar pascasiswazah bagi sesi pendaftaran pelajar baharu Sesi Akademik 2017/2018, baru-baru ini.

Fakulti Perubatan menerima pelajar Sarjana paling tinggi iaitu seramai 301, diikuti Fakulti Pendidikan seramai 184 orang.

Di samping itu, Fakulti Pendidikan menjadi pilihan 73 pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) apabila menerima pendaftaran paling tinggi.

Institut Islam Hadhari (HADHARI), Institut Informatik Visual (IVI) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) antara institusi yang menerima bilangan pelajar baharu pascasiswazah (sajrana dah PhD) yang tinggi pada pendaftaran tahun ini.

Fakulti Sains dan Teknologi menerima lapan pelajar antarabangsa peringkat Dokor Falsafah, yang merupakan jumlah paling tinggi antara fakulti dan institut lain di UKM.