UKM Terima Sumbangan Zakat lebih RM77,000


Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 10 Julai 2018 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima sumbangan zakat korporat bernilai lebih RM77,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Kumpulan UKM Holdings dan Koperasi UNIKEB Berhad sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UKM 2018, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM47,116.30 adalah daripada zakat perniagaan Koperasi UNIKEB, RM25,000 daripada BIMB dan RM10,000 adalah daripada zakat Kumpulan UKM Holdings.

Pada majlis tersebut, UKM Holdings turut menyerahkan dividen kumpulan UKM Holdings tahun kewangan 2018 sebanyak RM685,000 kepada UKM.

Majlis itu juga turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dan warga Kampung Sungai Buah, Bangi serta pelajar-pelajar Global Student Mobility Partnership (GSMP) dari negara Australia, Mexico dan Hong Kong.

Majlis rumah terbuka tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh artis dari Pusat Kebudayan UKM.