UKM Teruskan Amalan Korban

1
Oleh Radzuan Ghazali
Gambar oleh Abdul Raai Osman

BANGI, 29 September 2016 – Sebanyak 17 ekor lembu dan dua ekor kambing telah dijadikan korban sempena Majlis Korban dan Akikah 2016, anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang diadakan di perkarangan Masjid UKM, baru-baru ini.

Hadir menyaksikan majlis korban ini ialah Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Korban yang juga Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Ir. Dr, Riza Atiq Abdullah OK Rahmat dan Ketua Pusat Islam, Dr. Abdull Rahman Mahmood.

Lembu-lembu dan kambing yang dikorbankan itu telah disumbang oleh kakitangan UKM menerusi potongan gaji dan sumbangan tunai.

Suatu jamuan juga telah diadakan untuk 2,000 kakitangan dan pelajar untuk menikmati daging korban  berkenaan.

Prof. Noor Azlan dalam ucapannya, melahirkan rasa gembira kerana melihat kakitangan UKM bekerjasama untuk menjayakan majlis tersebut.

“Saya percaya warga UKM akan menghayati pengorbanan ini dan saling mempamerkan keikhlasan ketika bertugas dan menunjukkan kesungguhan ketika bertugas.

“UKM yang ditubuhkan hasil perjuangan rakyat, mempunyai matlamat yang tinggi untuk cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan saya percaya, kita mampu mengorak langkah ke arah kejayaan tersebut”, ujar beliau.ukmnewsportal-bm
2

3