Universiti Perlu Juara Rangsang Keusahawanan

24062015_RMK11_01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 9 Jun 2015 – Rakyat Malaysia mesti mengubah sikap lazim mereka bahawa keusahawanan dan universiti adalah berasingan dan tidak  mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Ramai orang berfikir bahawa mencebur diri dalam perniagaan tidak perlu pendidikan universiti, kata seorang penyelidik pendidikan keusahawanan  Prof Madya Datin Paduka Dr Shamshubaridah Ramlee ketika membentangkan kertas kerjanya pada Persidangan Antarabangsa Pertama Pemerkasaan Keusahawanan (ICEE 2015), di sini hari ini.

“Kita perlu juara jika kita ingin universiti menjadi lebih keusahawanan. Sikap lazim di Malaysia adalah ‘Mengapa kita perlu pergi ke universiti jika kita mahu menjadi usahawan?,” kata Dr Shamshubaridah, yang merupakan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan Kecil dan Sederhana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-CESMED).

Beliau berkata beliau telah menjalankan pendekatan kajian kes untuk menanda aras kejayaan pendidikan keusahawanan UKM-CESMED ini.

Beliau menegaskan bahawa pembiayaan sahaja tidak akan memastikan kejayaan pembangunan keusahawanan di kalangan pelajar dan ahli akademik.

Antara aspek tersenarai yang penting dalam pendidikan keusahawanan ialah mentor, pendekatan pembelajaran aktif yang digunakan serta pemantauan dan sistem penilaian.

Beliau melahirkan rasa puas hati bahawa pendidikan keusahawanan adalah agenda utama bagi 22 institusi akademik awam di mana dana untuk mengaktifkan aktiviti keusahawanan disalurkan.

Seorang lagi peserta Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak berkata beliau telah membantu membangunkan 200 usahawan sosial wanita dalam talian untuk menjual produk perusahaan kecil dan sederhana melalui internet.

Prof Norizan berkata matlamat beliau adalah untuk meningkatkan status sosio-ekonomi usahawan wanita sebanyak 30%, dan untuk meningkatkan kehadiran dalam talian usahawan wanita melalui Facebook, Instagram dan lain-lain laman media sosial.

Prof Norizan, yang juga Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM,  berkata beliau telah melatih wanita di kawasan luar bandar dan terpinggir, seperti Mersing, di mana pihak berkuasa kenal pasti daerah tersebut sebagai berpotensi mengeluarkan produk untuk pelancongan.

“Mersing merupakan tempat persinggahan untuk pelancong sebelum memulakan perjalanan bot ke Pulau Tioman. Mereka biasanya akan mengabaikan Mersing dan terlepas apa yang ditawarkan. Jadi, kita melatih wanita di sana untuk melakukan perniagaan membuat produk yang akan menarik pengunjung untuk tinggal lebih lama dan membeli-belah,” jelas beliau.

Beliau juga melatih wanita untuk menjadi usahawan di Terengganu, Kelantan dan Perak.

Sementara itu, Prof Madya Dr Doris Padmini Selvaratnam dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM membantu masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Pribumi Sarawak membangunkan perniagaan  industri kraf untuk menambahkan pendapatan.

“Para penduduk Asal Sungai Asap dan Belaga di Sarawak membuat bakul rotan dan permaidani untuk dijual kepada pelancong. Kaum Penan membuat gelang kunci daripada hasil hutan.

“Di Semenanjung Malaysia Orang Asli di Kampung Kachau Luar pandai membuat bakul daun Pandan dan gelang kunci. Namun mereka juga sangat handal merentasi hutan dan menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelancong, yang boleh singgah secara ‘Home Stay’ di kampung  penduduk asli,” Dr Doris memberitahu para peserta persidangan.

Persidangan dua hari itu bertujuan untuk menyumbang kepada minat yang semakin meningkat dan pembangunan keusahawanan sosial serta  kesannya kepada remaja dan pemerkasaan masyarakat.

24062015_RMK11_02