Visual Informatik Penting bagi Tangani Masalah Dunia – Pro-Canselor UKM

03
Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Raai Osman 

BANGI, 1 Dis 2015 – Visual informatik adalah data yang amat diperlukan dalam bidang analisis dan membuat perbezaan bagi menangani fenomena pelbagai bencana alam seperti Perubahan Iklim dan kekurangan sumber makanan.

Ia digunakan bagi tindakan membantu komuniti di seluruh dunia untuk membuat persediaan sumber-sumber penting seperti air, makanan dan pertanian.

Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam visual informatik di seluruh dunia adalah semakin maju berbanding sebelum ini.

“Fakta telah menunjukkan bahawa R&D terutamanya dalam Big Data dijangka akan meningkat kepada USD$46.34 bilion (RM200 bilion),” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Persidangan Antarabangsa Visual Informatik Ke-4 (IVIC’15) di sini pada 17 November lalu.

Beliau berkata kini, sains computer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), terutamanya visual informatik dilihat sebagai salah satu elemen utama yang sedang merevolusikan dan menyokong pertumbuhan industri tradisional seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan komunikasi dan industri baru seperti perusahaan bioteknologi, genetic dan kejuruteraan biomolekul dan data yang didorong oleh perusahaan.

“Contohnya dalam bidang pendidikan, pendidikan demokrasi visual informatik juga diakses kepada pendidikan di luar sifat pembelajaran tradisional.

“Jutaan orang di seluruh dunia (tanpa mengira status sosio-ekonomi, bangsa, warna kulit dan kebolehan pembelajaran) untuk menjadi talian sistem pendidikan visual lebih canggih dan maju bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran melalui teknologi hologram dan diperkukuhkan dengan realiti maya,” katanya.

Beliau menambah, dalam penjagaan kesihatan, visual informatik menawarkan system baru dan struktur untuk pengumpulan data dan pertukaran data perubatan yang merangkumi pemprosesan data imej masa sebenar.

Dalam perkembangan sama, Tunku Puteri Intan Safinaz berkata Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) baru-baru ini telah melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia untuk program ‘Startups’ bagi memudahkan dan mempercepatkan startups tempatan mendapatkan status MSC Malaysia.

Kata beliau, ia disokong Malaysia Global Innovation and Creativily Centre (MAGIC) serta lain-lain bidang, yang memberi manfaat kepada 500 Perusahaan Kecil dan Sederhana.

“Kita serius dalam menyediakan kemudahan ICT dan R&D serta ekosistem inovasi yang boleh membawa industri dalam menghasilkan produk kreatif dan inovatif yang terpilih dan perkhidmatan untuk pasaran tempatan dan global untuk menjadi sebuah negara pengeskport menjelang tahun 2020,” katanya.

 Beliau menerangkan bahawa antara penunjuknya adalah Malaysia berpotensi untuk pertambahan perbelanjaan penyelidikan bagi ICT dan meningkatnya jumlah pemfailan paten ICT.

“Saya berharap ia akan merangsangkan satu lagi keputusan penting yang akan membantu negara dengan lebih baik bagi menyelaras inisiatif data yang besar di negara ini.

“Pembentukan ‘gedung ilmu’ seperti Centre of Intelligent Data Analytics (CIDA) boleh diterajui oleh Institut Visual Informatik, UKM dengan kerjasama rakan industry iaitu AGA Zone Sdn Bhd.,” tambahnya.

Persidangan tersebut dipengerusikan bersama oleh lima Profesor daripada universiti terkenal seperti Universiti Cambridge, Universiti Dublin, Universiti Kingston, Universiti Kebangsaan Taipei dan UKM.

Persidangan itu telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 200 pakar-pakar, ahli akademik, profesional, penyelidikan dan peserta dari industri.

Turut hadir di perasmian itu Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Timbalan-timbalan Naib Canselor UKM.ukmnewsportal-bm
01

02

04

06

05

07