‘Wall Of Fame’ Dilancarkan Untuk Pamerkan Pencapaian Alumni Tersohor

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

Foto  Shahiddan Saidi

BANGI, 9 Jun 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini melancarkan ‘Wall of Fame’, ruang yang besar khas untuk mempamerkan para alumni yang paling menonjol yang telah menyumbang kepada kemajuan negara dan pertumbuhan universiti.

Pelancaran itu dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali sempena sambutan ulang tahun ke-46 UKM dan disaksikan oleh puluhan alumni, termasuk Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow, yang diberi penghormatan sebagai Alumni Paling Terkenal, berkata beliau terharu sebagai bekas pelajar kerana dipilih di kalangan ramai alumni lain yang menonjolkan diri sejak UKM ditubuhkan 46 tahun lalu.

Liow, dalam ucapan beliau, mengakui bahawa pengajiannya di UKM sangat berbaloi dan memberinya pengetahuan serta kemahiran untuk menghadapi cabaran masa depan sebagai pemimpin.

Beliau juga menasihatkan alumni lain menggunakan pendekatan maya dalam menghebahkan  pencapaian UKM.

“Mengapa tidak menggunakan media sosial dan tweet mengenai  perkembangan positif terkini di UKM apabila anda menerima maklumat daripada ahli-ahli alumni lain. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian baru-baru ini, khabarkan kepada ibu bapa anda bahawa anda dalam keadaan sihat dengan tweeting,”  katanya.

Beliau menggesa alumni untuk lerap melawat universiti bagi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan untuk terus menyumbang kepada pembangunan universiti.

“Walaupun anda telah menamatkan pengajian lama dahulu, anda perlu kembali sebagai alumni dan menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan  universiti, beliau menegaskan

Beliau juga menandatangani kempen anti-merokok yang dianjurkan oleh para mahasiswa.

Selain Liow, ‘Wall Of Fame’ memaparkan Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon, Pengerusi Eksekutif Yayasan  Guru Malaysia Tan Seri Alimuddin Mohd Dom, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdill dan Lerua Akauntan Negara Datuk Che Pee Samsuddin.

Naib Canselor, ketika merasmikan majlis tersebut, melahirkan harapan bahawa ‘Wall of Fame’ dapat menjadi sumber inspirasi kepada pelajar.

 “Sebagai salah satu institusi pendidikan tertua di negara ini, kita terus memainkan peranan melahirkan graduan dan alumni yang menyumbang kepada kejayaan dan pembangunan universiti, masyarakat dan negara. Graduan atau alumni UKM mempunyai kekuatan mereka sendiri dan mereka perlu mencontohi universiti-universiti ternama di dunia seperti Universiti Harvard dan Universiti Oxford kerana mereka mempunyai rangkaian alumni yang sistematik dan besar yang menyusun semua program dan aktiviti-aktiviti universiti, yang menerima sokongan daripada alumni mereka, ” katanya.

UKM telah menghasilkan lebih daripada 176,000 alumni sejak ditubuhkan pada Mei tahun 1970.ukmnewsportal-bm
2

4