Kolej Ibrahim Yaakub Juara Debat Piala Naib Canselor

SABTU, 10 JULAI 2010 10:25


BANGI , 9 Julai, 2010 – Pasukan debat dari Kolej Ibrahim Yaakub muncul juara dalam pertandingan akhir Debat Piala Naib Canselor menewaskan kumpulan pelajar  Kolej Tun Hussien Onn atas tajuk ‘Laman Web Sosial- Mahasiswa Kita Leka’.

Sonia Hii juga dari Kolej Ibrahim Yaakub dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik.

Pasukan dari kesemua 12 kolej kediaman telah mengambil bahagian dengan disertai oleh pelajar yang baru berdaftar. Ia dianjurkan pihak universiti sebagai salah satu dari acara membolehkan pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana kampus.

Pasukan Kolej Ibrahim Yaakub mempertahankan tajuk manakala pasukan Kolej Tun Hussein Onn membangkang. Mereka telah mengupas isu laman web sosial seperti Facebook dan kesannya keatas belia.

Pertandingan itu berlangsung selama dua hari pada Selasa dan Rabu (6 dan 7 Julai) dengan peringkat akhir berlangsung pada malam kedua.