ANGKASA UKM dikenal pasti sebagai urus setia badan Peneroka Belia Aeroangkasa Malaysia (MyACE) yang dicadangkan

RABU, 06 OKTOBER 2010 14:16

Oleh Shahfizal Musa

BANGI , 6 Okt.  2010 – Institiut Sains Angkasa (ANGKASA) UKM telah dikenal pasti  sebagai urusetia  kepada badan Peneroka Belia Aeroangkasa Malaysia (MyACE) yang bakal ditubuhkan kerajaan. usaha kerajaan untuk meningkatkkan minat belia dan pelajar dalam bidang pengajian angkasa lepas.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata Peneroka Belia Aeroangkasa  Malaysia (MyACE) yang dicadangkan  akan  menjalankan berbagai aktiviti untuk menggalakan minat pemuda dan pelajar terhadap hal-hal bersangkutan dengan penerokaan dan pengajian mengenai angkasalepas.

Berucap di satu perhimpunan bersama 64 orang angkasawan di kampus UKM  di sini hari ini beliau berkata MyACE ditubuhkan untuk meningkatkan minat belia Malaysia terhadap penerokaan angkasa lepas.

“MyACE  akan mendapatkan khidmat Datuk Dr Sheikh Muzapahar Shukor sebagai penasihat . Manakala Institut Sains Angkasa UKM dikenal pasti sebagai urusetia bagi MyACE,” says Dato Saifuddin.

Kementerian, katanya, berhasrat untuk memajukan pengajian dalam bidang aeroangkasa dengan mengadakannya di berbagai universiti kerajaan termasuk UKM dan UTM, UPM, USM, UIAM, UPNM dan UTHM.

Dato’  Saifuddin memberitahu bahawa penglibatan kerajaan dalam penerokaan angkasalepas bukan hanya sekadar menghantar seorang angkasawan ke angkasalepas tetapi lebih kepada apa yang di lakukan setelah angkasawan itu kembali ke bumi.

Datuk Dr Sheikh Muzapahar Shukor telah berlepas ke angkasa dengan membawa sel kanser dan mikrob untuk melihat tingkah laku bahan itu apabila berada dalam keadaan tidak mempunyai tekanan graviti .

Ini dapat membantu para saintis memahami sel-sel kanser dengan lebih baik dengan harapan dapat membantu mencari penawar untuk  banyak penyakit.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Angtarabangsa),  Prof Ir Dato’ Hassan Basri berkata sejak penubuhannya pada  2003, ANGKASA  telah berjaya menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa  untuk memajukan agenda kajian sains angkasa

Buat masa ini UKM sedang berkerjasama dengan Antartic New Zealand, University of Canterbury di  New Zealand, Institut sains University Iceland, National Research Centre di Jepun and STAR Labrotary di Stanford University USA.

Rangkaian kajian ini melingkungi bidang atmosfera tinggi dan rendah, meteorologi, kesan radiasi solar ke atas atmosfera bumi, penyebaran signal radio dan kejuruteraan angkasa yang berkaitan seperti komunikasi antena dan teknologi setalit.