“Kemelesetan Raksaksa” 2008 Jadikan Industri Asia Sebagai Jentera Pertumbuhan, kata Professor Harvard

KHAMIS, 28 OKTOBER 2010 17:43

Oleh Kuah Guan Oo
Foto Saliman Leman

BANGI, 28 Okt. 2010 – “Kemelesetan Ekonomi Raksaksa” 2008 yang sedang memulih walau pun secara tidak merata antara negara atau sektor, telah menjadikan Asia, khasnya industri Asia sebagai “jentera pertumbuhan” global, demikian kata seorang professor dari Universiti Harvard.

Professor Denis J. Encarnation berkata pemulihan itu juga mengujudkan jurang perbedaan yang amat luas hingga membawa kepada perubahan  kedudukan penafaran ekonomi berbagai negara di dunia dengan peningkatan bagi Brazil, Russia, India dan China (BRIC) mengikut kadar keseluruhan pengeluaran mereka.

“Malah sher keseluruhan ekonomi Asia mengikut Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) Sedunia ialah lebih kurang 35% dikira mengikut  kuasa beli atau lebih-kurang 27% pada kadar pertukaran wang 2008,” katanya. Beliau juga berkata bahawa krisis kewangan itu telah membawa kepada perkiraan KDNK Sedunia secara lebih meluas merangkumi negara-negara di Asia, Europa, Latin America dan Timur Tengah.

Beliau menggunakan istilah “Kemelesetan Raksaksa Ekonomi” untuk menegaskan betapa teruknya krisis kewangan 2008 yang bermula dengan kegagalan membayar balik piutang perumahan yang amat ketara (“sub-prime mortgage”)  di Amerika Syarikat.

Prof Encarnation berkata demikian semasa memberi syarahannya bertajuk “Asia Dalam Ekonomi Dunia Sebelum dan Selepas Kemelesetan Ekonomi Raksaksa 2008” di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Syarahan tersebut adalah di bawah Siri Syarahan Umum Harvard Ezra F. Vogel Malaysia/Singapore 2010.  Ini adalah syarahan ketiga ditaja oleh Tabung Amal Jariah Lam Kin-chung Morning Sun dari  Hong Kong.

Katanya, “Kemelesetan Ekonomi Raksaksa”  itu juga telah membawa kepada kejatuhan nilai kekayaan dunia yang paling ketara sejak Kemelesetan Ekonomi 1930an, walaupun ekonomi dunia mengalami pemulihan yang paling cepat tetapi dengan kadar yang tidak sama rata hingga membawa kepada perbezaan yang meluas antara negara.

Bagaimana pun kekayaan dunia masih tertumpu kepada 10 ekonomi terkuat selepas krisis kewangan itu. Amerika Syarikat masih berada di tangga teratas dengan jumlah KDNK sebanyak US$14.1 trilion pada 2009, diikuti oleh Jepun (US$5.1 trn), China (US$5.0 trn), Jerman (US$3.3 trn), Perancis (US$2.7 trn), UK (US$2.2 trn), Itali (US$2.1 trn), Brazil (US$1.6 trn), Sepanyol (US$1.5 trn) and Russia (US$1.3 trn). (Angka-angka itu addalah pada kadar pertukaran wang 2009).

Jumlah KDNK kesemua 10 ekonomi terbesar dunia itu ialah sebanyak US$43.1 trillion atau 62.6% daripada KDNK Sedunia.

Pada 2012, India dengan jangkaan KDNK sebanyak US$1.8 trilion akan menyertai kumpulan 10 ekonomi terulung itu, menggantikan Sepanyol. Amerika  Syarikat masih diramal menduduki tempat utama dengan KDNK sebanyak US$15.8 trilion, diikuti China (US$7.2 trn), Jepun (US$5.9 trn), Jerman (US$3.5 trn), Perancis (U$2.7 trn), UK (US$2.5 trn), Brazil (US$2.3 trn), Itali (US$2.1 trn) dan Russia (US$1.9 trn), pada kadar pertukaran wang semasa.

KDNK adalah jumlah nilai pengeluaran semua barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam sesebuah negara dan biasanya digunakan sebagai pengukur kekayaan dan piawaian kehidupan rakyatnya.

“Negara-negara BRIC sekarang adalah dalam dekad kedua berada dalam kedudukan sebagai pusat kewujudan kekayaan,” kata Prof Encarnation, yang baru bersara dari Universiti Harvard di mana beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun, setengahnya di Harvard Business School.


Beliau juga telah berkhidmat di Pusat untuk Pedagangan dan Kerajaan di  John F. Kennedy School of Government di Harvard di mana beliau mengasakan Program Asia yang pertamanya. Beliau telah mengajar kursus Asia Dalam Ekonomi Dunia ia itu suatu program yang mendapat pengitirafan dengan menerima anugerah, kepada beratus sarjana dari Harvard, MIT (Massachusettes Institute of Technology) dan lain-lain.

Beliau sekarang menjadi pakar perunding kepada syarikat-syarikat antarabangsa, agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata dari segi pertaburan KDNK Sedunia, kumpulan 10 ekonomi yang kedua tertinggi pada 2009 ialah Mexico pada kedudukan ke11 (dengan KDNK sebanyak US$1.47 trilion), diikuti oleh Korea Selatan (US$1.36 trn), Sepanyol (US$1.36 trn), Canada (US$1.28 trn), Indonesia (US$0.96 trn), Turki (US$0.88 trn), Australia (US$0.85 trn), Iran (US$0.83 trn), Taiwan (US$0.74 trn) dan Poland (US$0.69 trn).

Jumlah KDNK kesemua 20 ekonomi teratas dunia ialah sebanyak US$53.5 trillion atau 77.5% dari KDNK Sedunia.

Beliau juga berkata selepas negara-negara BRIC terdapat pusat-pusat pengujudan kekayaan yang lain di Asia-Pasifik, Europa dan Timur Tengah.

Satu sumber untuk pemulihan dan pertubuhan ekonomi ialah perdagangan yang masih bertumpu pada tiga ekonomi terkuat, iaitu Jerman, China dan Amerika Syarikat, yang kesemuanya mengeluarkan sebanyak 25% barang yang diniagakan di dunai.

Satu lagi sumber pemulihan dan pertumbuhan ekonomi ialah produktiviti walaupun nisbah produktiviti pekerja berbeza luas antara negara dan sektor.

“Untuk China, India dan kebanyakan negara membangun Asia, produktiviti adalah satu cabaran seterusnya. Tetapi keadaan itu juga membuka peluang pada masa akan datang,” katanya.