Pelajar dan Bekas Pelajar UKM Menonjolkan Bakat Di Majlis Sambutan Deepavali

KHAMIS, 13 DISEMBER 2012 00:00
Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim

Foto Izwan Azman

BANGI, 6 Dec 2012 – Pelajar dan bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyerikan sambutan Deepavali dengan nyanyian dan tarian klasik India di Bilik Bankuasi Bangunan Canselori UKM di sini petang ini.

Majlis dimulai dengan upacara “Kuthuvilaku” ia itu menyalakan lampu minyak, yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof Emeritus Dato’ Dr  M Zawawi Ismail dan Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Turut hadir ialah dua orang Timbalan Naib Canselor, Prof Ir Dr Othman A. Karim (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Prof Dato’ Dr Saran Kaur Gill (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat).

Majlis diserikan dengan persembahan beberapa tarian klasikal India termasuk “Bharathanatyam” dan “Kolaattam” suatu tarian rakyat menggunakan batang kayu serta beberapa persembahan lagu India dan pop Inggeris.