Motivasi Dan Bergiat Dalam Pelbagai Aktiviti Mendorong Penerimaan Anugerah

ISNIN, 29 OKTOBER 2012 00:00

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Pix by Md Noor

BANGI, 23 Okt 2012 – Motivasi diri dan keazaman untuk mencapai kecemerlangan tinggi dalam apa pun yang dilakukannya adalah faktor utama membawa Charlene Chen Chwee Yinn dipilih menerima Anugerah Tun Abdul Razak di Majlis Konvokesyen ke 40 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Charlene dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran menerima pingat emas dan hadiah wang tunai RM5,000. Beliau kini sudah memasuki bulan ketiga bertugas dengan Price Waterhouse Coopers (PwC).

Beliau merancang untuk bekerja dan menimba pengalaman selama lima tahun dan pada masa sama mengambil Sijil Profesional Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

“Pada asasnya rancangan saya ialah untuk bekerja sebagai seorang juruaudit untuk sekurang-kurangnya lima tahun, sambil mengambil Sijil profesional ACCA dan kemudian setelah cukup pengalaman saya mungkin beralih tempat atau pun melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana,” tambah beliau.

Mengimbas kembali empat tahun belajar di UKM, Charlene mengakui ada kenangan manis dan yang kurang manis. Memori paling menyeronokkan ialah apabila beliau dipilih menyertai program Mobiliti Outbound ke Korea Selatan, di mana dia belajar selama satu semester.

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya kerana saya telah lama mahu pergi ke Korea. Tetapi pada masa itu ia adalah suatu keputusan yang sukar bagi saya kerana diberitahu bahawa jika saya pergi ke Korea, saya mungkin tidak dapat graduasi bersama rakan lain. Tetapi saya membuat keputusan untuk pergi dan apabila saya kembali ke UKM saya berjaya menamatkan ijazah saya dalam masa yang diperuntukkan.” katanya.

Mengakui telah tergesa-gesa untuk menyelesaikan tesisnya sekembali dari Korea Selatan, tetapi telah tidak menyesal pergi untuk belajar di Korea Selatan.

“Mengetahui bahawa saya adalah yang pertama dalam keluarga saya untuk lulus dari universiti, ia membuat saya lebih berazam dan bermotivasi untuk berjaya. Apa yang berlaku ini bukanlah untuk diri saya sendiri sahaja tetapi ia adalah juga untuk membawa kepada kehidupan yang lebih baik untuk ibu bapa dan adik-beradik saya,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Jika Charlene seorang yang rajin belajar dan bermotivasi tinggi, ia tidak begitu ketara bagi penerima Anugerah Naib Canselor, Muhammad Nazmi bin Abdul Halim dari Fakulti Pengajian Islam.

Pengemar sukan dan seorang atlet, Nazmi menyifatkan pemilihannya menerima Anugerah Naib Canselor kepada penyertaanya dalam sukan di UKM. Beliau menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan buku terbitan Penerbit UKM.

“Saya suka sukan, bukan hanya bola sepak. Saya akan berasa lenguh dan resah kiranya tidak melakukan senaman dalam satu hari,” katanya.

Mengulas mengenai masa beliau di UKM, Nazmi mengenangkan keadaan berpindah dari Kolej Rahim Kajai pada tahun pertama ke Kolej Aminudin Baki pada tahun kedua sebelum kembali ke Kolej Rahim Kajai pada tahun ketiga pengajiannya.

Beliau telah berpindah-pindah itu kerana penyertaannya dalam bola sepak. Semasa menginap di Rahim Kajai dia adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi pingat emas untuk Sukan UKM (SUKEM).

“Berpindah pula ke Kolej Aminudin Baki kerana menyertai pasukan bola sepak UKM pada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Kami mendapat tempat keempat pada masa itu,” kata Nazmi.

Pada mulanya pilihan pertama Nazmi adalah untuk memasuki Universiti Malaya (UM) untuk belajar Syariah. Beliau kemudiannya memilih UKM, untuk dapat belajar Usuluddin dan Falsafah.

“Saya sentiasa terpesona oleh Falsafah. Dalam pengajian Usuluddin dan Falsafah, terdapat dua bahagian, satu bahagian Aqidah dan sebahagian yang lain adalah falsafah. Itulah yang mendorong saya memilih untuk belajar di UKM, ” kata Nazmi.

Beliau berkata dia menerima beerita terpilih untuk anugerah itu melalui perkhabaran dari seorang rakannya yang menyiarkannya dilaman Facebook beliau.

“Saya tidak dapat menjerit kegembiraan kerana saya berada di sebuah kafe siber waktu itu, jadi saya hanya tersenyum lebar. Orang ramai pelik melihat saya tersenyum tak habis-habs seorang diri seperti orang gila”.

Beliau mengakui, walaupun ramai rakan-rakannya memberi tahniah, terdapat juga yang menyindir dan sinis apabila mengetahui dia telah memenangi anugerah itu.

“Saya rasa mereka percaya bahawa saya tidak layak. Mereka melihat saya sentiasa bermain bola sepak dan selalu bersantai dan berseronok, mereka tidak melihat saya berlajar atau mengulangkaji, mungkin itu sebabnya,” kata Nazmi.

Beliau berkata dia tidak pernah percaya bahawa menjadi ulat buku adalah cara paling sesuai untuk menjadi pelajar cemerlang. Itulah sebabnya beliau mengambil masa untuk menyertai aktiviti sukan, kolej, fakulti dan tidak menyepi dalam asrama sahaja selama tiga tahun belajar di UKM.

Membuktikan bahawa dia bukan sahaja aktif dalam sukan tetapi juga cemerlang dalam pelajaran beliau telah tersenarai sebanyak lima kali dalam Senarai Dekan untuk kecemerlangan akademik.

Nazmi berharap untuk menyertai UKM sebagai tenaga pengajarnya untuk mengembalikan pengetahuan yang telah dipelajarnya dan pada masa yang sama meneruskan pengajiannya.