Pemenang Anugerah DiRaja Berseronok Sambil Belajar Untuk Ijazah Undang-undangnya

ISNIN, 29 OKTOBER 2012 00:00

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 20 Okt 2012 – Hanya seorang sahaja dari dua orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diistiharkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja hadir untuk menerima pingat emas dan wang tunai RM5000 mereka daripada Canselor Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.

Athirah binti Mohd Anuar lulus Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Dengan Kepujian (Cemerlang) dan berharap melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa atau Undang-undang Syariah, khusus mengenai Perbankan Islam. Athirah sudah mempunyai diploma guaman dalam undang-undang Syariah.

Beliau amat senang degan tempoh empat tahunnya belajar di UKM kerana telah terlibat dengan berbagai aktiviti pelajar termasuk waktu cuti semester.

Dalam tempoh itu beliau menyertai pelbagai aktiviti yang telah memberikannya peluang dan kehidupan penuh peristiwa. Penyertaannya dalam pertandingan Moot dan Kaunseling memberinya peluang melawat China melalui program Mobiliti Outbound serta juga Program Pertukaran Pelajar dengan Korea Selatan.

Athira berada dikedua buah negara itu selama sebulan dan amat berterima kasih kepada UKM kerana menyediakan pelbagai aktiviti untuk pelajar. “Empat tahun saya di sini tidak ditumpukan hanya kepada pelajaran sahaja”.

Beliau mencadang pelajar tahun pertama undang-undang UKM menikmati masa mereka sebagai siswa sepenuhnya dan tidak menumpukan perhatian untuk belajar sahaja.

“Undang-undang sememangnya adalah satu subjek berat tetapi ia jug suatu bidang pengajian yang memerlukan rakan-rakan untuk melakukan perbincangan dan analisa,” katanya.

Athira menjelaskan bahawa pilihan utamanya adalah dalam bidang perubatan tetapi bapanya telah mencadangkannya meninjau pengajian lain juga.

Walaupun kini dia menikmati undang-undang, pilihan awal beliau adalah untuk belajar bidang perubatan. Bapanya menasihatnya membuat pilihan lain selepas keputusan SPM keluar, dimana beliau mendapat 8A.

Athira bermula dengan pelajaran Asasi Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama satu tahun sebelum memilih untuk belajar undang-undang di UKM.

“Saya mendapat peluang untuk melawat beberapa sekolah undang-undang sebelum membuat keputusan di mana saya akan pergi selepas Asasi, antaranya ialah UKM. Saya memilih UKM kerana saya suka persekitaran dan pemandangan kampus, jadi saya membuat UKM pilihan pertama saya,” kata Athirah.

Beliau telah menghadapi suatu keadaan emosi amat genting menghadapi kehilangan abang sulungnya kerana kanser pada tahun kedua pengajiannya tetapi berkat sokongan dan simpati rakan-rakannya dia telah dapat melalui tempoh dugaan itu dengan baik.