Dato’ Mahmud Dendangkan Lagu “My Way” Di Konsert Kasih

KHAMIS, 26 DISEMBER 2013 08:25

Oleh NuruL Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 18 Dis 2013 – Dato’ Mahmud Mohd Nor, suami Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyanyikan lagu Frank Sinatra “My Way”, untuk isterinya pada konsert mini yang diadakan sempena beliau.

Dato’ Mahmud mengubah seni kata dalam lagu tersebut bagi ia bersesuai untuk Prof Sharifah dan menyanyikan lagu itu khas untuknya. Di penghujung lagu, Prof Sharifah Hapsah naik ke atas pentas untuk bersama-sama dengan suaminya dan memeluknya selepas lagu habis.

Konsert mini in diberi nama “Konsert Kasih” dan dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan UKM khas buat Tan Sri Naib Canselor bagi meraikan dan menghargai kerja-kerja yang telah beliau jalankan dan lakukan semsa di UKM sepanjang tujuh tahun yang lalu. Prof Sharifah hapsah akan bersara pada bulan January 2014.

Konsert mini itu diadakan di Panggung Seni UKM dan dihadiri Timbalan-timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa; Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Prof Dato’ Dr Rahmah Mohamed Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi.

Ramai antara pegawai- pegawai, ketua-ketua Jabatan dan staf UKM yang lain turut hadir bagi meraikan kerjaya seorang wanita yang mengkagumkan dan berjaya.

Dr Rafie Hj Mohamad, Ketua Pusat Kebudayaan memberi sedikit ucapan di permulaan konsert dan dia mengucapkan terima kasih kepada Prof Sharifah hapsah kerana sentiasa menyokong kegiatan dan aktiviti pelajar dalam kebudayaan dan kesenian terutamanya di Pusat Kebudayaan.

Dr. Rafie berharap Prof Sharifah hapsah terhibur dan teruja dengan persembahan-persembahan yang telah dipilh khas untuknya.

Antara persembahan yang diberikan adalah dari Kumpulan Koir UKM dengan meyanyikan medly dari lagu-lagu kumpulan Black Dog Bone. Kumpulan Koir UKM ini baru sahaja memenangi tempat ketiga di Festival Koir MAKUM 2013.

Dua pelajar, Fadli Haris and Raes, yang menyanyikan lagu “Tekad”, mereka berdua adalah sebahagian daripada Kumpulan Nasyid UKM bernama Ensemble yang baru sahaja memenangi “Anugerah Khas Juri” dalam Festival Nasyid MAKUM 2013.

Persembahan kejutan telah dibuat oleh ahli-ahli kakitangan UKM yang termasuk, Leftenan Kolonel Juri Tasripan, dengan lagu beliau “Widuri”; Dato ‘Laily Din dengan lagunya “Namamu Di Bibirku” dan Timbalan Naib Canselor Prof.Dato’ Ir. Dr Othman A. Karim, menyanyi lagu “Biarlah Bulan Bicara Sendiri”.

Malam itu berakhir dengan Pusat Kebudayaan menyampaikan hadiah khas kepada Prof Sharifah Hapsah dan Dato’ Mahmud, sebelum sesi bergambar bersama semua kakitangan yang hadir ke konsert.