Pelajar Iran Golongan Kedua Terbesar Warga Antarabangsa Di UKM

SELASA, 10 DISEMBER 2013 00:00
Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ra’ai Osman

BANGI, 9 Dis 2013 – Pelajar Iran adalah golongan kedua terbesar warga antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan hampir 300 sedang mendapatkan lulusan PhD, 100 Sarjana dan 20 orang lagi terlibat dalam penyelidikan pasca kedoktoran serta tiga orang pensyarah.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Antarabangsa) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Prof Dr Salina Abdul Samad, merasmkan persidangan Iranian Elite Talks yang ke-5 di sini baru-baru ini berkata UKM sentiasa berusaha menyediakan persekitaran kampus yang selesa untuk warga antarabangsanya memandangkan mereka berjauhan dari negara dan sokongan keluarga.

Berucap bagi pihak Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Prof Salina berharap acara seperti itu membolehkan pelajar-pelajar Iran di seluruh Malaysia dapat berhubungan dan dengan itu boleh berasa lebih selesa di universiti masing-masing.

Tiga orang pensyarah Iran telah memberi taklimat ringkas mengenai bidang kajian mereka.

Pensyarah Jabatan Elektrik, Elektronik dan Sistem Kejuruteraan, FKAB Dr Edmond Zahedi, menyampaikan kertas mengenai ‘Renungan Pendek Pendidikan dan Penyelidikan Dalam Dua Era’; Pensyarah Kanan di Institut Penyelidikan Tenaga Suria (ANGKASA) Dr Nilofar Asim, menyentuh skop penyelidikannya mengenai Penyiasatan Bahan Lebih Mesra Alam Sekitar untuk Permohonan Penyejukan Pasif Berdasarkan Geopolymer.

Penceramah terakhir Dr Mostafa Ghasemi, Fello Pasca Kedoktoran di Institut SelFuel berucap mengenai Arah Pengkomersialan Bahan Api Mikrob (MFC).

Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia, turut hadir di perjumpaan anjuran Persatuan Pelajar Iran UKM itu.