Remaja Semakin Suara Lantang

RABU, 18 DISEMBER 2013 11:46

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ra’ai Osman

PUTRAJAYA , 12 Dis 2013 – Golongan remaja negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) semakin bersifat mendesak dan mahu kerajaan masing-masing  menangani isu-isu pengangguran, pendidikan dan hak individu.

Seramai 25 wakil akademik dari negara-negara ASEAN bersetuju bahawa belia weajar menuntut lebih suara dalam dasar-dasar kerajaan kerana mereka terlibat secara langsung dengan keputusan sekarang dan pada masa akan datang.

Dalam satu sesi perundingan meja bulat yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka membuat kesimpulan bahawa ASEAN hendaklah komited dan bertanggungjawab kepada orang ramai, terutama remaja  kerana masyarakat madani merupakan komponen penting dalam membantu rantau ini mencapai matlamatnya.

Rundingan Dasar-dasar Belia ASEAN ditauliahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pendidikan, Sains dan Kebudayaan ( UNESCO) dengan bantuan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa ( IKMAS) UKM.

Mereka menasihati ASEAN supaya menubuhkan sebuah badan bebas serantau yang disertai oleh belia untuk bergiat melibatkan dalam perancangan dasar belia, pemantauan dan pembaharuan.

Entiti itu perlu terlibat secara telus dan bertanggung jawab dalam langkah strategik bagi pendidikan, pekerjaan, kesihatan awam dan lestari alam sekitar di peringkat tempatan dan kebangsaan.

Turut hadir pada rundingan meja bulat itu ialah Pegawai Program Kebangsaan UNESCO di Asia dan Pasifik, Bangkok Sarinya Sophia dan Pakar Program UNESCO di  Jakarta Charaf Ahmimed . Terdapat juga sembilan wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Pengarah IKMAS Prof Dr Rashilla Ramli , dalam ucapan aluannya, berkata cadangan mereka akan dikemukakan kepada  persidangan Menteri-Menteri Belia ASEAN 2014 untuk perbincangan .

Antara anggota panel perundingan ialah Prof Dr Samsudin Rahim, pengarah pusat memperkasakan belia UKM (PERKASA) , dan Datuk Dr Denison Jayasooria,  felo penyelidik utama di Institut Kajian Etnik (KITA) .

Mereka berkata remaja Malaysia terasa dipinggirkan dan mahu peranan yang lebih besar dalam dasar-dasar ekonomi supaya mereka dapat mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Prof Samsudin menegaskan bahawa masalah pengangguran semakin genting  dan di Malaysia kadar pengangguran di kalangan rakyat yang berusia antara 15 hingga 24 adalah pada kadar 3.8 % , iaitu lebih tinggi daripada purata negara sebanyak 11.3 %.

Beliau menjelaskan bahawa memandangkan aktiviti golongan remaja secara  besar-besaran dianjurkan oleh kerajaan, orang muda mahu pihak berkuasa lebih prihatin kepada maslah mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang penting.

Datuk Dr Denison , yang telah bekerja secara meluas dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, mendesak kerajaan menubuhkan mekanisme untuk menimbang aduan remaja.

Seorang lagi ahli panel Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan  Profesor MAdya Dr Noraini Ibrahim berkata masalah penghijrahan desa ke bandar dan pemindahan pekerja antara ASEAN telah banyak memberi kesan kepada ketersediaan pekerjaan untuk golongan belia tempatan.

Beliau menggesa pihak berkuasa memberi lebih perhatian kepada pendidikan yang akan memudahkan belia untuk mendapat pekerjaan .

Kerajaan negara-negara ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan taraf kehidupan rakyat ASEAN , terutamanya mengiktiraf sepenuhnya hak dan isu remaja.

Antara cadangan lain yang dipersetujui seperti berikut:

•  Menggalakkan golongan muda menjadi lebih ramah mesra dan kurangkan perasaan menjadi pak turut kepada kerajaan
• Generasi tua harus lebih yakin kepada generasi muda
• Mengaggihkan program belia dan membenarkan NGO mempunyai peranan yang lebih penting
• Mewujudkan tribunal untuk menimbang tara pertikaian antara pihak-pihak yang membabitkan remaja

Ahli-ahli panel juga melahirkan kebimbangan bahawa ramai golongan muda masih belum menikmati pendidikan. Mereka bersetuju bahawa pengangguran yang tinggi dikalangan generasi muda boleh mencetuskan keganasan.