UKM Memenangi Tempat Keempat Di Kejohanan SUKUM Ke-38

JUMAAT, 22 NOVEMBER 2013 14:57

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 20 Nov 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi tempat ke empat dalam Kejohanan Sukan Staf antara Universiti 2013 (SUKUM) yang berakhir di sini awal bulan ini.

Ia memenangi 3 pingat emas dalam acara Ping-pong, Boling Wanita dan Olahraga Wanita, 2 perak dan 7 gangsa.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merangkul 6 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa diistihar sebagai johan keseluruhan dengan Universiti Malaya (UM) naib johan mendapat 4 emas dan 4 gangsa, naib johan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat ketiga dengan 3 emas, 6 perak dan 2 gangsa.

Sejumlah 21 buah institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pendidikan telah mengambil bahagian dalam 27 jenis acara termasuk bola sepak, ping-pong, futsal, catur, boling, bola tampar dan tarik tali.

Majlis Penutup dan Pemberian Hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Prof Dato’ Ir Dr Othman A Karim. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa SUKUM 38 Haji Abdul Razi Mohamad Fadhil dan Pengarah Pusat Sukan UKM Dr Tajul Arifin Mohamad hadir di majlis itu.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih menjadi tuan rumah SUKUM ke 39 tahun depan.