UKM Akan Terus Sediakan Peluang Untuk Kanak-Kanak Pintar

JUMAAT, 19 DISEMBER 2014 09:14

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 17 Disember 2014 – Setiap murid sekolah yang menghadiri program  perkhemahan cuti sekolah Pusat PERMATApintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seharusnya memohon untuk menyambung pelajaran mereka di universiti itu nanti.

Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata program PERMATApintar UKM begitu baik hinggakan 400 anak-anak muda – berusia antara 10 dan 15 – yang dipilih itu akan yakin dengan UKM untuk memohon memasukinya sebagai pilihan pertama mereka kelak.

Berucap diacara penutup program tiga minggu Perkhemahan Cuti Sekolah Pusat Belia Berbakat Johns Hopkins University(PCS JHU-CTY), Prof Noor Azlan menyifatkan mereka sebagai ‘sangat istimewa’ kerana telah melalui satu proses saringan yang amat ketat untuk mengetahui apakah mereka benar-benar berbakat.

Beliau berkata mereka yang dipilih itu tentunya mempunyai bakat tersendiri kerana telah dapat dikesan oleh suatu sistem pemilihan yang telah diberi pengiktirafan seluruh dunia.

Murid-murid itu dipilih daripada sekolah-sekolah di seluruh negara dengan menggunakan dua set ujian IQ dalam talian – Ujian 1 dan Ujian 2 UKM – yang menilai umur mental calon. Usia mental calon sekurang-kurangnya mesti berada tiga tahap lebih tinggi daripada umur kronologi mereka.

Hanya 400 orang murid telah dipilih dari sejumlah 10,000 kanak-kanak yang memohon dan mereka perlu ‘menonjol’ dari yang lain dan bersifat mahu bersaing.

“Kecemerlangan akademik sahaja tidak cukup. Ada bakat lain dalam anda yang mesti muncul. Kami merancang program-program yang membolehkan anda menunjukkan bakat yang sedia ada,”katanya.

Beliau berkata semua yang terpilih boleh mencapai kecemerlangan dan menjangka ramai di antara mereka dalam tempoh 30 tahun nanti akan menjadi profesor dari UKM.

Bagaimanapun UKM hanya boleh memberi peluang dan kemudahan,selebihnya terpulang kepada mereka untuk mencungkil bakat dan menyalurkan kecemerlangan mereka untuk mencapai tahap yang tinggi, katanya.

“Jika anda memenangi Hadiah Nobel, ingat bahawa program PERMATApintar dan UKM yang memberi peluang,” kata Prof Noor Azlan.

Perkhemahanitumempunyaipelbagaiaktivitiberkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang manamurid-murid itu dikehendaki menjalankan pelbagai projek sepertirobotik, penerbangan dan sains roket.

Sehingga kini lebih daripada 3,000 pelajar berbakat demikian telah mengambil bahagian dalam Program Perkhemahan Cuti Sekolah yang diuruskan oleh program PERMATApintar UKM sejak penubuhannya pada tahun 2011.