UKM Ungguli Kejohanan Bola Tampar IPT 8 Tahun Berturut-Turut

RABU, 19 FEBRUARI 2014 15:35 ADMINISTRATOR

Oleh Ra’ai Osman
Foto Pusat Sukan UKM

SHAH ALAM, Selangor, 17 Feb 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi telah menjuarai pertandingan bola tampar di Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Tekonologi MARA (UiTM), Shah Alam baru-baru ini.

Ini kali ke lapan berturut-turut UKM menjuarai acara itu. UKM telah mengalahkan Univerisiti Putra Malaysia (UPM) 3-0 dalam perlawanan akhir.

SUKIPT telah berlangsung dari 5 hingga 11 Febuari lalu.

Pasukan bola tampar UKM mula menjuarainya sejak 2006 di Kejohanan Majlis Sukan Universiti (MASUM) hinggalah ke SUKIPT di mana ia terus kekal menjadi juara.

Pengurus Pasukan UKM, Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman berkata rahsia kejayaan itu adalah tahap disiplin atlet yang amat tinggi dan memuji pemain UKM kerana semangat berpasukan yang ditunjukkan sejak dari awal musim latihan hinggalah ke hari pertandingan.

Beliau berharap UKM akan dapat menyertai lebih banyak kejohanan sukan tahun ini seperti UTM Open, Batam Open, MASUM dan sebagainya dengan bantuan dan sokongan Pusat Sukan UKM.