Fakulti Sains Dan Teknologi Memenangi Perarakan Maulidur Rasul

SELASA, 21 JANUARI 2014 10:57

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan Hashim & Izwan Azman

BANGI, 16 Jan 2014 – Pasukan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dipilih sebagai pasukan terbaik dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Pasukan itu diketuai Mohammad Walid Osman.

Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali turut berarak setelah merasmikannya. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada lima pasukan perarakan terbaik sekali gus merasmikan kaunter Zakat di majid UKM. Suatu pameran dan forum juga telah berlangsung sempena sambutan itu.

Tempat kedua jatuh kepada Pusat Kesihatan pimpinan Osman Ahmad diikuti Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Kolej Kediaman di tempat ketiga dengan diketuai Dr Roslan Jalil. Pasukan dari Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan yang diketuai Hj Suhaimi Hassan memenangi tempat ke empat manakala tempat kelima di memenangi Fakulti Ekonomi (Graduate School of Business) diketuai Prof Dr Nur Ghani.

Prof Noor Azlan berharap pembukaan kaunter baru zakat akan membolehkan pengumpulan dan pengagihan wang zakat dengan lebih baik.