UKM Sekali Lagi Mendominasi Kejohanan Kriket Universiti

KHAMIS, 30 JANUARI 2014 00:00

Oleh Shahfizal Musa
Foto Shahiddan Saidi

KLANG, 26 Jan 2014 – Pasukan kriket Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi telah mendominasi kejuaraan kriket Twenty20 antara universiti untuk memenangi Piala Menteri Pendidikan di Bayu Emas Oval di sini hari ini.

Begitu ketaranya ia mendominasi kejohanan itu hinggakan kedua-dua pasukannya yang menyertai kejohanan itu telah berentap untuk menentukan pemenang di perlawanan akhir.

Pasukan UKM A telah mengalahkan Pasukan UKM B dengan 8 wiket pada perlawanan akhir kejohanan itu hari ini. Inilah kali ke enam pasukan UKM telah menjuarai kejohanan itu berturut-turut.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan kriket dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) setelah mengalahkan pasukan dari Asia Pacific University.

Sementara itu pemain terbaik, perlawanan tersebut jatuh kepada Mohd Faizal Abu Hassan dari pasukan A UKM dan pemain terbaik seluruh kejohanan juga jatuh kepada peserta dari pasukan A UKM iaitu Mohd Fitri Makram.

Piala kejuaraan telah disampaikan oleh Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir dan majlis penyampaian hadiah ialah timbalan-timbalan Naib Canselor serta wakil-wakil dari Persatuan Kriket Melayu dan Kementerian Pelajaran.