Penaksiran Program Seni Bina UKM Untuk Lanjutan Akreditasi

RABU, 23 JULAI 2014 07:46

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Abd Raai Osman

BANGI, 17 Julai 2014 – Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) hari ini telah semakan dan penaksiran program seni bina yang diajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melanjutkan pengitirafannya.

Penyemakan selama satu setengah hari itu sedang dilakukan oleh suatu panel lima anggota dari Majlis Akreditasi dan Pendidikan Seni Bina Malaysia (MAPSM) LAM yang diketuai oleh Prof Madya Ar Mustapha Mohd Salleh.

Anggota lainnya terdiri dari Ar Abu Bakar Md Ali, Ar Wan Sofiah Wan Ishak, Ar Kamarul Bahrin Mohd Amin and Nur Santi Mohd Said.

Penyemakan itu dilakukan untuk memastikan universiti sentiasa mengikuti piawaian terhadap pendidikan seni bina sebagaimana diperlukan oleh Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA).

Mustapha memberi jaminan bahawa panel itu tidak berniat untuk mencari kesalahan atau kesilapan dalam pengendalian atau pengajaran program seni bina UKM tetapi hanya mahu membantu untuk memperbaiki, meningkat dan mengembangkan program itu supaya ia akan berada di tahap kualiti terbaik untuk kakitangan dan pelajar.

Panel itu akan menilai hasil kerja Jabatan Seni Bina, kakitangan dan pelajarnya untuk melihat sama ada ia selaras dengan kaedah dan peraturan LAM.

Mustapha berkata program Seni Bina kini amat popular di universiti awam dan swasta yang membuka jabatan seni bina mereka sendiri.

“Semua universiti sedang menunggu giliran untuk dinilai buat kali pertama, manakala yang lain seperti UKM sedang menunggu untuk dinilai semula.”

Bagi memudahkan lagi penilaian semua institusi yang menyediakan pengajian seni bina mereka disaran mengikuti kaedah dan peraturan yang dihuraikan dalam suatu manual akreditasi oleh LAM untuk dirujuk semasa bersiap untuk penilaian, kata Mustapha.

Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali ketika menyambut ahli panel dalam suatu majlis di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) di sini hari ini berkata UKM sentiasa berusaha untuk mengekalkan tahap kualiti tinggi yang dikehendaki MQA dengan menghasilkan graduan yang berkebolehan dan cekap.

Beliau berkata Jabatan Seni Bina berusaha melahirkan graduan yang prihatin terhadap identiti kebangsaan supaya mereka dapat mengusahakan reka bentuk yang berlandaskan budaya dan identiti negara serta tidak mengabaikan warisan kebangsaan.

Dengan aspirasi untuk meningkatkan lagi kualiti pelajarnya, Jabatan Seni Bina telah pun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan LAM pada bulan Oktober tahun lalu untuk mengadakan dasar dan garis panduan seni bina yang beridentiti nasional yang akan digunakan dalam reka bentuk, pelan dan struktur bangunan di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat; Dekan FKAB Prof Dato’ Ir Dr Abdul Wahab Mohamad; Timbalan Dekan FKAB Prof Ir Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan dan Ketua Jabatan Seni Bina Dr Nik Lukman Nik Ibrahim juga hadir dalam majlis sambutan itu.