Pekerjaan Mengikuti Segmentasi Jantina

KHAMIS, 27 MAC 2014 08:05

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 12 Mac 2014 – Dunia sering melihat pekerjaan tertentu hanya layak dilakukan kaum wanita, maka itu pekerja asing yang merentasi sempadan pelbagai negara tertakluk kepada segmentasi jantina demikian ini.

Globalisasi telah menyebabkan peningkatan pekerja asing di mana pekerja wanita telah bertambah dua kali ganda sejak akhir tahun 1980-an tetapi untuk bekerja dalam sektor tertentu sahaja.

Seorang pensyarah Jabatan Sosiologi di Fakulti Sains Sosial, Universiti Hosei, Tokio, Jepun, Dr Mako Yoshimura berkata pekerja wanita asing itu biasanya diupah sebagai pembantu rumah, jururawat, penjaga, pengasuh dan penghibur.

Beliau telah memberi ceramah mengenai “Jantina dan Migrasi: Perspektif dalam Globalisasi Asia” di Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim di sini hari ini. Beliau menyifatkan fenomena ini sebagai “penghijrahan kaum wanita” (“Feminisation of migration”).

Dr Yoshimura berkata negara-negara yang menghantar pekerja asing yang utama adalah seperti Filipina dan Indonesia manakala negara penerima utama adalah Malaysia dan Jepun.

Pekerja asing lelaki biasanya dilihat di tapak pembinaan, kilang dan juga sebagai pengawal keselamatan, ini adalah pekerjaan yang biasanya dilakukan kaum lelaki.

Kebanyakan daripada pekerja asing wanita bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarga dan penjaga warga tua walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat juga pekerja wanita di tapak pembinaan.

Beliau menerangkan bahawa walaupun terdapat banyak pekerja asing wanita di kilang-kilang di Malaysia, umum menganggap ramai dari mereka bekerja sebagai pembantu rumah, pengasuh atau jururawat.

Ini bukan sahaja merupakan persepsi di Asia tetapi juga pemikiran dunia secara umumnya, kata Dr Yoshimura.

Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof Dr Madya Madeline Berma, bersetuju bahawa fenomena “feminization” itu bukan sahaja berlaku di Asia, tetapi di seluruh dunia.

Beliau berkata itu adalah persepsi umum berpandu kepada sejarah, budaya dan tradisi di mana imej yang biasa dipamerkan doktor adalah seorang lelaki, jururawat wanita, lelaki adalah jurutera, wanita guru.

Ia adalah satu gambaran yang diterima dalam masyarakat terhadap jantina ditambah pula dengan, TV dan filem yang sentiasa memberikan gambaran kedudukan jantina yang serupa hingga ia tertanam dalam jiwa kita, kata Dr Madeline.

Dengan dunia semakin menghala kearah sebuah komuniti kejiranan global, seorang jurutera Malaysia yang bekerja di Dubai bukanlah suatu perkara aneh lagi.

Dr Yoshimura mengakui bahawa pekerjaan profesional juga memerlukan bakat-bakat baru dan dengan sempadan antara negara semakin mengecil, ia dianggap biasa dan normal untuk seseorang menjadi ekspatriat kerana kerjayanya.

Walau bagaimanapun, peningkatan pekerja asing di dekad yang lalu adalah sejumlah yang besar dengan anggaran 200-300 juta pekerja asing merentasi sempadan di seluruh dunia. Sama ada melalui cara halal atau tidak, mereka telah membuat negara-negara lain rumah mereka untuk mencari rezeki.

Pekerja asing dari Bangladesh, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja telah mengisi sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan perladangan dalam ekonomi Malaysia. Dr Yoshimura berkata bahawa pekerjaan yang mereka ceburi adalah pekerjaan yang rakyat Malaysia biasanya tidak mahu.

“Sebahagian besar dari ekonomi Malaysia bergantung kepada tenaga kerja asing khususnya pekerjaan buruh kasar yang memerlukan kerja keras dan gaji kecil. Belia Malaysia tidak lagi berminat dalam pekerjaan ini berikutan kebanyakan daripada mereka memasuki universiti dan sudah mempunyai ijazah.

Dengan itu mereka memilih untuk bekerja di pejabat menikmati hawa dingin tanpa perlu bekerja keras hingga berpeluh, kata Dr Yoshimura.

Dr Madeline bersetuju walaupun gaji untuk pembantu rumah kini sudah meningkat sama seperti gaji seorang setiausaha, tiada anak gadis Malaysia yang mahu pergi memburu pekerjaan semata–mata untuk menjadi pembantu rumah.

Beliau berkata segmentasi jantina pekerja asing tidak mencerminkan kedudukan sesuatu pekerjaan sahaja tetapi juga mencerminkan masyarakat secara keseluruhannya.

Sebuah tapak pembinaan adalah tempat terakhir untuk melihat seorang wanita bekerja, melainkan jika dia adalah seorang arkitek bangunan itu, walaupun ia masih luar biasa.

Demikian juga terdapat andaian automatik bahawa jururawat adalah wanita suatu pandangan yang dianggapnya seksis, memandangkan bilangan jururawat lelaki telah bertambah.

Kini jururawat lelaki juga diperlukan untuk sesuatu penyakit tertentu misalnya mengangkat seorang yang koma atau lumpuh, kata Dr Madeline.

Beliau berkata perangkap segmentasi wanita ini bukan sahaja terdapat dikalangan pekerja asing tetapi juga pekerja tempatan dan sudah menjadi suatu anggapan biasa yang telah pun diserap masyarakat dan sukar untuk diubah.