Sejumlah 522 Terima Ijazah PhD Dari UKM Tahun Ini

KHAMIS, 30 OKTOBER 2014 11:37

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 30 Oktober 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah kepada 522 orang pelajar di konvokesyen mulai Sabtu ini.

Ini adalah jumlah graduan PhD yang teramai dikeluarkannya dalam setahun sejak penubuhannya.

UKM juga akan menyampaikan Ijazah Sarjana kepada 2,243 mahasiswanya yang merupakan jumlah teramai sehingga kini.

Selain itu seramai 6,266 pelajar UKM akan menerima ijazah masing-masing pada Konvokesyen ke-42nya selama empat hari hingga Selasa ini.

Antara mereka adalah sejumlah 570 mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi – iaitu jumlah terbesar dari satu fakulti – yang akan dikurniakan ijazah sarjana muda.

Fakulti Pengajian Islam memperlihatkan 528 pelajar, bilangan kedua terbesar – di ikuti Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan 525 mahsiswa.

Seramai 408 pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan juga akan menerima ijazah mereka kali ini dan 262 pelajar dari Fakulti Perubatan yang akan menerima ijazah MD mereka.

Berikut adalah senarai jumlah graduan bagi konvokesyen yang ke-42 ini.

GRADUAN 2014 (seperti pada 23 Oktober 2014)

BIL FAKULTI/INSTITUT DOKTOR FALSAFAH SARJANA DIPLOMA SISWAZAH SARJANAMUDA
1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

7

128

525

2 Fakulti Farmasi

1

35

92

3 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

71

153

226

4 Fakulti Pendidikan

63

228

116

5 Fakulti Pengajian Islam

30

98

44

528

6 Fakulti Pergigian

10

42

7 Fakulti Perubatan (Klinikal)

180

14

Fakulti Perubatan (Bukan Klinikal)

29

110

Fakulti Perubatan (Doktor Perubatan)

262

Fakulti Perubatan (Kejururawatan)

43

Fakulti Perubatan (Perubatan Kecemasan)

8 Fakulti Sains Kesihatan

8

89

303

9 Fakulti Sains dan Teknologi

108

353

10

570

10 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

71

359

408

11 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

36

109

239

12 Fakulti Undang-Undang

15

90