![]()
14 Mei 2012
KENYATAAN MEDIA
WACANA MEJA BULAT ANTARA IPTA & PLKN
“PLKN : Ke Arah Pemerkasaan Negara-Bangsa?”
Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
21 Mei 2012 (Isnin)
8.30 pagi-1.00 petang
Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN), Kementerian Pertahanan akan mengadakan Wacana Meja Bulat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 21 Mei 2012 di Puri Pujangga, UKM.
Sebanyak 60 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah Universiti dari seluruh Malaysia dan Komanden serta Jurulatih Kem-kem PLKN di Lembah Klang akan hadir.
Tujuan wacana ini diadakan adalah untuk membincangkan proses pembinaan Negara bangsa dalam kalangan remaja dan melihat apakah impak PLKN dalam proses tersebut.
Selain daripada itu, ia juga mengetengahkan hala tuju, isu dan cabaran PLKN dalam merealisasikan matlamat pembentukan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Datuk Dr. Tiki Lafe, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN).
Ahli panel yang turut hadir adalah:
Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA, UKM)
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara(JLKN)
Jabatan Pengajian Kewarganegaraan dan Kemasyarakatan
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kolej Undang-Undang, Kerajaan, dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
Moderator:
Yang Berbahagia Profesor Dr.Mansor Mohd Nor
Institut Kajian Etnik(KITA)
Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi:
Cik Nastura Nasir,
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Korporat, UKM
Talian:
017 3198162 (Talian Bimbit),
03 8921 5151 (Talian Terus)