Kejohanan Kriket Undangan Universiti Antarabangsa 2012

Print PDF

Kejohanan Kriket Undangan Universiti Antarabangsa 2012

Bangi, 21 Mei - Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Kriket Undangan Universiti Antarabangsa 2012 pada 1 hingga 10 jun 2012 di UKM Oval, Kinrara Oval, Puchong dan Bayuemas Oval, Klang.

Objektif kejohanan ini adalah untuk memperkasakan mutu permainan Kriket dalam kalangan mahasiswa dunia serta mewujudkan jalinan muhibah pengantarabangsaan melalui permainan kriket. Di samping itu, kejohanan ini juga diharap dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dikalangan pemain universiti dunia selain mempromosi Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Kriket di tanah air.

Pada kejohanan kali ini dianggarkan sebanyak 130 orang atlit dan pegawai akan hadir. Berikut adalah nama - nama Universiti yang menghantar penyertaan:   

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia
  2. University of Colombo, Sri Lanka
  3. National University Of Singapore
  4. Christ University, Bangalore,India
  5. University of Liberal Arts, Bangladesh
  6. FAST National University Of Computer and Emerging Sciences, Islamabad
  7. Hong Kong Academy Cricket
  8. Siam University, Thailand

Sehubungan itu, satu majlis sidang media khas akan diadakan pada 31 Mei 2012 (Khamis) pada jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6, Canselori. Sidang media akan diketuai oleh YBhg. Prof. Tan Sri. Dato’ Wira. Dr. Sharifah Hapsah Syed Shahabudin, Naib Canselor, UKM. Turut serta, Prof. Dr. Othman A. Karim (Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni, UKM), Majlis Pengurusan Tertinggi UKM, Wakil Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Wakil Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Wakil dari semua Universiti yang bertanding. 

 

Wartawan turut dijemput untuk menghadiri "Welcoming Dinner" seperti maklumat di bawah:

Tarikh                     :           4 Jun 2012

Tempat                   :           Kelab Golf Danau, UKM

Tetamu kehormat     :           Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul  Khusus

                                          Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

                                          (Canselor UKM)                             

                              :           YABhg. Tun. Ahmad Sarji Abdul Hamid

                                          (Pro- Canselor, UKM)

 

 Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Cik Nastura Nasir,
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Korporat, UKM
017 3198162 (Talian Bimbit),
03 8921 5151 (Talian Terus)