![]()
20 Jun 2012
Majlis Menandatangani MoA UKM-MAWHIBA anjuran Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan sukacitanya menjemput media bagi acara seperti maklumat di bawah
Acara : Majlis Menandatangani MoA UKM-MAWHIBA
(King Abdul Aziz and His Companions Foundation for Giftedness and Creativity)
Tarikh : 24 Jun 2012 (Ahad)
Tempat : Dewan Serbaguna, Pusat PERMATApintar Negara
Masa : 2.30 petang
Anjuran : Pusat PERMATApintar Negara
Hadir : YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,Penaung Yayasan PERMATA
Perjanjian ini tercetus apabila MAWHIBA menghubungi Pusat PERMATApintar Negara pada tahun 2010 untuk cadangan kerjasama mengendalikan program Perkhemahan Cuti Sekolah atau “Summer Camp” bagi pelajar perempuan dari Arab Saudi. Hasil daripada beberapa lawatan dan perbincangan, kedua pihak telah bersetuju bahawa satu perjanjian dimeterai untuk menjalankan program Perkhemahan Cuti Sekolah di Pusat PERMATApintarTM Negara, UKM untuk pelajar-pelajar perempuan Arab Saudi yang berusia dari 16-17 tahun. Program perkhemahan ini akan berlangsung dari 23 Jun hingga 13 Julai 2012 di Pusat PERMATApintar Negara.
Pihak MAWHIBA dan pihak Pusat PERMATApintar Negara, UKM dengan kerjasama Johns Hopkins University-Center for Talented Youth (bagi tujuan penyediaan kurikulum dan tenaga pengajar utama) akan bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan program Perkhemahan Cuti Sekolah yang disebut sebagai “MAWHIBA-UKM-CTY All-Girls Summer Camp 2012”.
Kerjasama ini dilihat sebagai satu kolaborasi jaringan antarabangsa dalam merancang dan melaksanakan program pendidikan pintar dan berbakat bagi pelajar pintar berbakat di Malaysia dan di Saudi Arabia.
Faedah melalui pemeteraian dokumen Perjanjian ini adalah peningkatan jaringan antara UKM dan MAWHIBA dalam merancang serta melaksanakan program pendidikan pintar dan berbakat.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Cik Nastura Nasir,
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Korporat, UKM
017 3198162 (Talian Bimbit), 03 8921 5151 (Talian Terus)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
, www.ukm.my , www.ukm.my/newsportal