Pertandingan Poster Penyelidikan Dan Pameran Penerbitan 2010 (4p 2010)

Thursday, 08 July 2010 11:26
Print PDF


8 Julai 2010

KENYATAAN MEDIA

PERTANDINGAN POSTER PENYELIDIKAN DAN PAMERAN PENERBITAN 2010 (4P 2010)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)

13-15 JULAI 2010

 

(Kenyataan ini dalam Bahasa Malaysia sahaja)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia, akan   mengadakan Pertandingan Poster Penyelidikan dan Pameran Penerbitan (4P 2010) pada 13-15 Julai, 2010.     Sebanyak 47 poster penyelidikan akan bertanding dan akan dihakimi oleh sarjana serta ilmuwan yang berpengalaman dari dalam dan luar UKM.

Tujuan penganjuran  ialah untuk menghebahkan projek-projek dan juga hasil penyelidikan warga FSSK yang dibiayai samada melalui Dana Arus Perdana, Geran Universiti Penyelidikan (GUP), Dana Operasi Universiti Penyelidikan (OUP), dan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) serta dana-dana dari luar. 

Selain pertandingan ia juga akan mengenengahkan hasil-hasil penyelidikan ahli fakulti dalam bentuk penerbitan artikel, buku dan jurnal. Ianya akan dipamerkan oleh pusat pengajian dan penyelidikan masing-masing. Pusat-pusat tersebut  bukan sahaja akan mempamer tetapi juga menawarkan harga istemewa kepada para pengunjung yang berminat untuk membelinya. Setiap pusat pengajian juga akan memperkenalkan jurnal atas talian (on-line) mereka kepada para pengunjung.

Di samping itu, para penerbit universiti dan syarikat pencetak buku swasta akan turut serta. Antara penerbit yang telah mengesahkan penyertaan mereka adalah pihak Penerbit UPM, Penerbit UTHO, Penerbit UPSI, Penerbit UKM, dan INTAN.

 Pihak penganjur menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM500 kepada warga mahasiswa pasca sarjana FSSK  yang berjaya menyenaraikan tiga pemenang utama pertandingan poster penyelidikan. Penyenaraian pemenang utama disertai dengan rasional penyenaraian mestilah sama dengan hasil penghakiman pihak juri pertandingan. Borang penyertaan akan disediakan sewaktu penganjuran 4P 2010. 

Majlis ini  akan dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah pada 13 Julai 2010.

 

Untuk Maklumat Lanjut Sila hunbungi

Prof Dr Mohd Safar Hasim

Pengarah

Pusat komunikasi Korporat

Universiti Kebangsaan Malaysia

038921-4142

Hp: 0192101947