Naib Canselor UKM Dilantik Semula

Saturday, 21 August 2010 14:51
Print PDF

Naib Canselor UKM Dilantik Semula

 

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dilantik semula sebagai NAIB CANSELOR UKM untuk tempoh 2 tahun.

 

Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dato’ Paduka Mazlan Ahmad dalam kenyataannya berkata, pelantikan berkenaan adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan UKM, Menteri Pengajian Tinggi melantik semula Prof Tan Sri Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin untuk tempoh 2 tahun mulai 28 OGOS 2010 hingga 27 OGOS 2012.

 

Beliau mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan berharap semua warga UKM memberi sokongan padu supaya beliau dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.

 

Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah menerajui UKM sejak 27 Ogos 2006.  Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universti Malaya pada 1973, Ijazah Sarjana Kesihatan (Pendidikan Personel) dari New South Wales, University of New South Wales (1982) dan  Doctorate in Medicine pada 1997.

 

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan UKM pada 1975 dan jawatan terakhir di UKM sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan.  Pernah menjawat beberapa jawatan seperti Pengarah Hubungan Antarabangsa UKM (1996-2000), Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (2004-2005). 

 

 

 

Prof Dr Mohd Safar Hasim

Pengarah

Pusat Komunikasi Korporat

 

Tarikh :  20 Ogos 2010