Pasukan UKM Juara Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa

Isnin, 21 Mei 2012 17:44
Cetak PDF

BANGI, 21 Mei 2012 - Pasukan UKM buat kali ketiganya telah menjuarai kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai baru-baru ini.

Kejohanan itu di sertai oleh 16 pasukan termasuk dari Singapura, Thailand dan Indonesia. Hasil kejuaraannya itu, UKM diberi penghormatan untuk menyimpan terus trofi kejuaraan.

Pasukan UKM diketuai oleh Luk Teck Liong, pelajar tahun ketiga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Ia dibimbing oleh Mejar Mohd Jasmy Abdul Rahman sebagai jurulatih dengan Mohd Hafizan Hashim bertindak sebagai pengurus pasukan.

Penyertaannya itu adalah sebagai persiapan terakhir sebelum menyertai Liga Bola Tampar Kebangsaan 2012 yang akan bermula Sabtu, 26 Mei ini di Melaka. Kejohanan liga kebangsaan itu akan berakhir pada 17 Jun 2012 di Stadium MPSJ Serdang, Selangor.

Pasukan bola tampar UKM itu berharap dapat menjadi johan Liga Kebangsaan itu memandangkan ia terpaksa berpuas hati sebagai naib johan setelah dikalahkan tipis 2 – 3 oleh pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Badminton Cheras tahun lalu.

Berita Kampus

Arkib Berita