Karnival Memberi Pengalaman Keusahawanan Kepada Pelajar Kejuruteraan UKM

Isnin, 20 Mei 2013 12:23
Cetak PDF

Oleh Nurul haziqah Abdul Halim 
Foto Izwan Azman

BANGI, 20 Mei 2013 – Suatu Karnival tiga hari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang telah berlangsung di sini baru-baru ini di anggap sebagai salah satu program terbaik untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

Timbalan Dekan Fakulti, Prof .Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan berkata fakulti mengadakan program itu untuk mendedahkan pelajar kepada siluk beluk keusahawanan untuk menggalakan mereka memilih untuk menjadi pengusaha setelah tamat pengajian nanti.

Program seperti karnival itu yang bertemakan "Ke Arah Jurutera dan Arkitek Intelek, inovatif, Kompetitif, dan Keusahawanan" adalah suatu medium terbaik untuk pelajar menimba pengetahuan dan pengalaman dalam selok belok keusahawanan suatu perkara yang UKM sendiri berusaha menyerapkan di kalangan pelajarnya, kata Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan.

Beliau menganggapnya sebagai salah satu usaha untuk menggalak dan menyerapkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

Program demikian itu juga boleh menjadi asas yang kukuh kepada fakulti melahirkan bukan sahaja jurutera tetapi juga jurutera usahawan yang berjaya di masa hadapan, Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan.


Beliau berbangga dengan usaha fakulti itu dan akan memberi sokongan penuh kepada program demikian yang juga selaras dengan visi universiti untuk menghasilkan usahawan yang berjaya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa karnival itu termasuk sukaneka, forum, pertandingan poster, pertandingan helikopter dan "Cara persedian dan penampilan ke Temuduga".

Kemuncaknya adalah ceramah motivasi oleh Heliza Helmi, seorang alumni Akedemi Fantasia, suatu program TV realiti popular. Ceramah motivasi Heliza diadakan pada hari terakhir karnival sebelum majlis penutup.

Majlis penutup itu diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang  carnival itu.


Dekan fakulti, Prof Dr Ir Marzuki Mustafa; Ketua Industeri dan Jaringan Masyarakat, Prof Dr Mohd Zaidi Bin Omar; Ketua Pengarah dn Koordinator CESMED Carnival, Dr Norngainy Mohd Tawil hadir diupacara penutup itu Jumaat minggu lalu.

Ia dilancarkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dato Ir Dr Othman A.Karim dua hari sebelum itu. Hadir diupacara pelancarannya ialah Dekan Fakulti, Prof Ir Dr Mohd Marzuki Mustafa and Pengarah CESMED, Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani.


Berita Kampus

Arkib Berita