45,000 Keluarga Menjadi Miskin Kerana Pencari Nafkah Menghidap Diabetes

Selasa, 05 April 2011 21:30
Cetak PDF

Oleh Shahfizal Musa
Foto oleh PPUKM

KUALA LUMPUR, 5 April 2011 – Lebih daripada 45,000 keluarga di Malaysia dicengkam kemiskinan apabila pencari nafkah mereka terlantar kerana tidak dapat berjalan untuk mencari nafkah disebabkan penyakit kencing manis.

Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata apabila ketua keluarga meghidapi penyakit kencing manis hingga terlantar dan tidak boleh bekerja, keluarganya yang mengalami penderitaan.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Simposioum empat hari Kaki dan Buku Lali 2011 – Venture Beyond Possibilities di Fakulti Perubatan UKM di sini hari ini. Simposium yang dihadiri pakar dari Malaysia, Singapura dan United Kingdom akan memberi ceramah dan berkongsi pendapat mengenai rawatan kaki dan buku lali. Simposium itu akan berakhir pada hari Khamis.

Shahrizat berkata apabila pencari nafkah dalam sesebuah keluarga terlantar kesakitan, gaya hidup seluruh keluarga akan berubah menjadi buruk. Isterinya yang sihat terpaksa memikul bebanan untuk menyara hidup keluarga selain menanggung kos perubatan si suami.

Kedua dua tanggung jawab ini akan memberi tekanan terhadap keluarga tersebut hingga menjerumus ramai keluarga kecengkaman kemiskinan.

Kerjaaan juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk menyediakan rawatan perubatan dan memberi bantuan kepada keluarga malang itu.

Beliau berkata kebanyakan masalah kaki bermula dengan tabiat pemakanan yang kurang sihat. Oleh itu para ibu berperanan penting untuk menentukan anak-anak diberi makanan yang sihat.

Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dr Saran Kaur Gill in dalam ucapan aluannya berkata 70 peratus daripada pesakit yang terpaksa dipotong kaki mereka adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis.

Kebanyakannya adalah kerana ulser dan luka di kaki yang melarat disebabkan kurangnya kesedaran mengenai penjagaan kaki yang hanya dilakukan apabila sudah terdapat luka.

Prof Dr Dato’ Dr Raymond Azman Ali Dekan Fakulti Perubatan, Timbalan –timbalan dekan dan ahli perubatan dari seluruh negara menghadiri simposium itu.


 

Berita Kampus

Arkib Berita