Naib Canselor: UKM mengusahakan enam projek Kecerdasan Buatan

Selasa, 28 Jun 2011 00:00
Cetak PDF

Oleh S Sivaselvam

Gambar Saliman Leman

 


PUTRAJAYA, 28 Jun 2011 – Memelihara manuskrip lama Melayu melalui sebuah perisian ciptaan dalam negara dipanggil JawiWare dan membangunkan satu sistem perlombongan data perubatan adalah antara beberapa projek melibatkan penyelidik UKM sedang universiti penyelidikan prima negara berusaha menampilkan namanya dalam dunia terkemajuan pesat Kecerdasan Buatan (AI).

 


Di antara projek penyelidikan semasa adalah Pengoptimum Dasari Tabu Kabur, Penjadualan Kedai Kerja, Jadualkerja Universiti, Repositori Data Perubatan Malaysia dan MYNDA: Penjana Penggunaan Perolombongan Data.

 


Naib Canselor UKM, Prof.Tan Sri
Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menyenaraikan projek-projek itu ketika merasmikan Persidangan Serentak Antarabangsa Pertama mengenai Kecerdasan Buatan (M-CAIT 2011) di sini, dianjurkan oleh Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan (CAIT) , Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

 


Tiga kumpulan penyelidik di CAIT – Kumpulan Penyelidik Pengecaman Pola (PR), Kumpulan Penyelidik Penerokaan dan Mengoptimumkan Data (DMO) dan Kumpulan Penyelidik Pengetahuan Teknologi (KT) menyatukan tiga persidangan menjadi satu.

 


Ia adalah Persidangan Antarabangsa mengenai Analisisi Pola dan Robot Cerdas (ICPAIR 2011), Persidangan Ketiga mengenai Perlomobongan dan Pengoptimum Data (DM011) dan Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Teknologi Semantik dan Pencarian Maklumat (STAIR2011),

 


Prof. Tan Sri Sharifah Hapsah berharap satu perkongsian idea di kalangan penyelidik, pembangun dan pengamal di persidangan serentak itu bukan saja dapat menyebarkan pengetahuan tercanggih mengenai Kecerdasan Buatan tetapi juga dapat membantu tiga kumpulan utama penyelidik di CAIT menghalusi penggunaan teknik dan cara AI untuk menyokong pelbagai disiplin melalui penyelidikan, pengajaran dan perundingan.

Dengan Teknologi Maklumat (ICT) salah satu bidang nic penyelidikan UKM, beliau menegaskan persidangan itu membolehkan penyelidik mempamerkan kekuatan UKM dalam bidang sedia ada dan baru, terutama Kecerdasan Buatan.

 

 


“Pada masa yang sama kita mahu belajar daripada pengluahan dan betapa kompleksnya teknologi Kecerdasan Buatan demi faedah insan yang hidupnya dapat dipertingkatkannya,” beliau menambah.

 

 

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah menekankan bahawa penyelidikan/inovasi saling bertaut adalah penting kepada universiti sedang UKM mengambil daya usaha lebih giat lagi untuk membangunkan portfolio R & D yang bertenaga dan lestari.

 


“Kita melakukan ini dalam lingkungan matlamat lebih luas mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang untuk semua yang berurusan dengan kita – kakitangan kita, pelajar penyelidik kita, rakan kongsi penyelidikan dan banyak lagi kalangan yang kita bekerjasama,” tambah beliau.

 


“Saya sedar bahawa ada banyak masalah asas berkaitan sains dan teknologi bidang Kecerdasan Buatan. Saya berharap anda akan mewujudkan sinergi baru di antara lingkungan teknologi dan teori di samping penyelidikan tulen. Hanya dengan mendepani isu-isu itu boleh kita berada dalam satu kedudukan memberi sumbangan kepada masyarakat dalam satu cara yang unik.”

 


Naib Canselor juga menarik perhatian bahawa selepas lebih 50 tahun penyelidikan dalam teknik memprogram Kecerdasan Buatan, “kita bukan saja melihat impian mesin bijak menjadi nyata sebagai sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga meneroka dalam bidang dirangsang biologi.

 


“Daripada penyelidikan yang mewujudkan sistem yang boleh meniru otak dan rangkaian saraf, seperti meniru pemikiran manusia, memahami percakapan dan menewaskan manusia pemain catur terbaik, kita meliputi, antara lain, algoritma pengevolusi, kecerdasan kawanan, sistem imunisasi buatan, geometri pecahan, kehidupan buatan, pengkomputeran DNA dan kuantum.

 


“Kita semakin dekat dan hampir kepada keseluruhan tubuh manusia dan alam.”

 


Bidang pengkomputeran dirangsang bio, satu bidang kecil pengkomputeran semula jadi, terikat longgar oleh bidang berkaitan tajuk terikatan, sikap sosial dan kemunculan, beliau menambah.

 


“Ia banyak bergantung kepada bidang biologi, sains komputer dan matematik yang membolehkan kia menggunakan komputer untuk meniru alam dan sebaliknya menggunakan tiruan itu bagi menambah baik penggunaan komputer,” beliau menambah.

 

 

Diterjemahkan oleh Abdul Ghani Nasir

Berita Kampus

Arkib Berita